Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : 1. batu yg hancur halus spt yg dilihat di pantai, gurun, dll, kersik halus: mengasingkan ~ drpd batu; 2. kawasan (timbunan) pasir (kersik halus): bermain galah panjang di ~; beting ~ gosong yg panjang; busung ~ gosong; gurun (padang) ~ kawasan luas (lapang) yg tandus dan diliputi pasir; 3. berbiji-biji (ber­butir-butir) spt rupa pasir; emas ~ emas urai, emas yg halus-halus spt pasir; gula ~ gula drpd air tebu yg berbutir-butir; 4. Mn ark laut; tepi ~ tepi laut; bersuris bagai ~, berbau bagai embacang prb kaum kerabat yg jauh tidaklah sangat kuat pd hak waris; spt ~ di tepi pantai, tatkala air timpas bolehlah dibahagikan prb hendak menyatakan kebenaran kpd orang yg berkuasa janganlah tatkala ia marah, tunggulah ketika kurang marahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : ; ~ lingga sj tumbuhan (pokok), ke­runtum, pelawan todak, Tristania maingayi; rumput ~ sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, sembung gajah, Adenostemma lavenia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, tali, Acanthopsis choirorhynchos. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : 1 butir-butir batu yg halus spt yg terdapat di tepi pantai atau di dasar sungai. 2 kawasan yg dipenuhi pasir 1: Mereka bermain di ~. padang ~. 3 spt pasir 1 rupanya: gula ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasir

Puisi
 

Pakai kasut turun ke pasir,
     Datang ke pasir lalu berjalan;
Hati kusut tidak terucir,
     Ucirlah ucir darimu tuan.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertilam pasir.Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pasir di tepi pantai, (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mengepal pasir kering.Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak mengepal pasir kering.Membuat pekerjaan yang sukar. (Bandingkan dengan: Bagai mengepal pasir kering).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hujan jatuh ke pasir.Berbuat baik tidak pada tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari.Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai berseru di padang pasir.Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti berseru di tengah padang, b. Seperti memekik di tengah padang luas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti anjing berjumpa (= dapat) pasir.Kesukaan yang tidak pada tempatnya kerana bertemu dengan barang yang digemarinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas