Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : 1. batu yg hancur halus spt yg dilihat di pantai, gurun, dll, kersik halus: mengasingkan ~ drpd batu; 2. kawasan (timbunan) pasir (kersik halus): bermain galah panjang di ~; beting ~ gosong yg panjang; busung ~ gosong; gurun (padang) ~ kawasan luas (lapang) yg tandus dan diliputi pasir; 3. berbiji-biji (ber­butir-butir) spt rupa pasir; emas ~ emas urai, emas yg halus-halus spt pasir; gula ~ gula drpd air tebu yg berbutir-butir; 4. Mn ark laut; tepi ~ tepi laut; bersuris bagai ~, berbau bagai embacang prb kaum kerabat yg jauh tidaklah sangat kuat pd hak waris; spt ~ di tepi pantai, tatkala air timpas bolehlah dibahagikan prb hendak menyatakan kebenaran kpd orang yg berkuasa janganlah tatkala ia marah, tunggulah ketika kurang marahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : ; ~ lingga sj tumbuhan (pokok), ke­runtum, pelawan todak, Tristania maingayi; rumput ~ sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, sembung gajah, Adenostemma lavenia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, tali, Acanthopsis choirorhynchos. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sir] | ڤاسير

Definisi : 1 butir-butir batu yg halus spt yg terdapat di tepi pantai atau di dasar sungai. 2 kawasan yg dipenuhi pasir 1: Mereka bermain di ~. padang ~. 3 spt pasir 1 rupanya: gula ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasir

Puisi
 

Pakai kasut turun ke pasir,
     Datang ke pasir lalu berjalan;
Hati kusut tidak terucir,
     Ucirlah ucir darimu tuan.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coarse texturetekstur kasarPertanianTiada1. Tekstur yang merangkumi tekstur pasir, pasir berlom dan lom berpasir, kecuali lom berpasir sangat halus.
calcarenitekalkarenitGeologiTiadaBatu kapur atau dolomit yang terdiri daripada pasir karang, pasir cangkerang, atau pasir kalsit yang terhasil daripada hakisan batu kapur.
sand culturekultur pasirPertanianAgronomi

 Penanaman yang menggunakan pasir halus sebagai medium. Kaedah ini digunakan untuk mencambahkan biji benih atau menyemai keratan. Bahan asing dibersihkan daripada pasir sebelum pasir itu dapat digunakan untuk penanaman. Faedah penggunaan kultur pasir ialah kosnya yang rendah dan boleh mengelakkan keadaan terlalu lembab yang menggalakkan jangkitan kulat.

sandy ridgepermatang pasirGeografiTiadaPermatang batu pasir yang berlitupkan pasir akibat luluhawa butiran batu pasir.
sandstone dykekorok batu pasir; daik batu pasirGeologiTiada1. Batuan pasir hampir tegak berbentuk lembaran yang merejah batuan dasar seperti yang berlaku di dalam proses rejahan korok.,2. Korok berklas yang terdiri daripada batu pasir.
shoestring sandpasir jaluranGEO), pasir tali kasutGeografiTiadaTiada
shoestring sandpasir jaluranGEO), pasir tali kasutGeologiTiadaTiada
loamy fine sandpasir halus bergeluhPertanianTiadaTekstur tanah yang mengandung 50% atau lebih pasir halus atau <25% pasir pertengahan, kasar dan sangat kasar dan <50% pasir sangat halus.
kertas pasirkertas pasirKesenianTiadaKertas yang berlapik serbuk kaca atau pasir, digunakan untuk melicinkan ukiran.
very fine sandy loamgeluh berpasir sangat halusPertanianTiadaTekstur tanah yang mengandungi 30% atau lebih pasir sangat halus atau >40% pasir halus dan pasir sangat halus dan lebih dari separuh adalah pasir sangat halus dan <15% pasir sederhana, kasar dan sangat kasar.
12345678910...

Kembali ke atas