Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi, tidak boleh tidak, tentu; belum ~ belum nyata, belum tentu; ilmu ~ ilmu hisab; kurang ~ kurang nyata (jelas), tidak tahu benar-benar; memastikan menyatakan dgn pasti, menen­tukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya; kepastian perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya; ketidakpastian perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan: kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan; pemastian perbuatan memastikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi; tidak boleh tidak; tentu: Kita ~ akan berjaya. memastikan menentukan sesuatu dgn pasti; mengatakan dgn pasti: Kita tidak dpt ~ pasukan mana yg akan menang. kepastian hal pasti; ketentuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,

Peribahasa

Pecah menanti sebab,
     retak menanti belah.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
opportunity recognition skillkemahiran mengenal pasti peluangPengurusanPerancanganKeupayaan atau kemahiran asas yang penting bagi individu atau organisasi, dalam proses pembuatan keputusan dengan mengenal pasti peluang untuk mengembangkan potensi kejayaan individu atau organisasi. Kemahiran mengenal pasti peluang adalah amat penting dalam bidang keusahawanan kerana akan menjurus kepada keputusan perniagaan yang boleh memajukan usaha niaga bagi meningkatkan keuntungan. Contohnya, sebuah syarikat yang mampu mengenal pasti potensi pasaran dengan meninjau persekitaran pasaran, mengenal pasti kekuatan dan cabaran yang bakal dihadapi sebelum membuat sesuatu keputusan untuk mengeluarkan produk baharu.
labellabelKejuruteraanTiada1. Nama kod yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengelas nama, sebutan, frasa atau dokumen.,2. Satu atau lebih aksara yang digunakan untuk mengenal pasti suatu item data.,3. Nilai angka atau lokasi ingatan dalam sistem boleh atur cara bagi komputer.,4. Angka, huruf atau nama yang diberikan kepada kenyataan atur cara supaya komputer dapat mencarinya kemudian.,5. Nama yang digunakan dalam kod punca untuk mengenal pasti sesuatu suruhan atau kenyataan boleh laksana dalam atur cara komputer.,6. Blok di permulaan atau di akhir fail, yang mengenal pasti, menciri, dan/atau penyahhad fail itu, dengan label itu sendiri tidak dianggap sebagai sebahagian daripada fail.
bai‘ ghararjual beli gharar/jual beli tak pastiPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang melibatkan ketidakpastian pada produk atau harga. Contohnya, menjual produk yang belum pasti wujud, spesifikasi produk tidak jelas, tidak mampu menyerahkan produk kepada pembeli dan harga tidak ditentukan. Jual beli ini tidak sah kerana salah satu pihak mengalami kerugian. Lihat juga gharar.
immunodiffusionimunoresapanSains ForensikTiadaKaedah untuk mengenal pasti antigen atau antibodi melalui resapan dalam gel untuk membentuk presipitin. Corak garisan presipitin dalam gel digunakan untuk mengenal pasti jenis dan kepekatan antibodi atau antigen tersebut. Dalam ujian serologi forensik, teknik ini boleh digunakan untuk menentukan sesuatu spesies sama ada manusia atau haiwan melalui sampel darah yang diuji. Lihat juga presipitin.
threat assessmenttaksiran ancamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerProses mengenal pasti agen atau acara yang boleh mendatangkan risiko kepada aset sistem komputer. Proses ini juga mengenal pasti jenis ancaman yang mampu dibawa olehnya dan kemungkinan ancaman ini berlaku, termasuk tahap kegentingan yang mungkin dihadapi oleh operasi organisasi atau pemilik sistem komputer.
microsatellite analysisanalisis mikrosatelitBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah untuk mengenal pasti pewarisan gen berdasarkan DNA mikrosatelit. Kaedah ini diaplikasikan dalam bidang sains forensik. Contohnya untuk mengenal pasti penjenayah atau penentuan ibu bapa. Lihat juga DNA mikrosatelit.
identificationpengecamanSains ForensikTiadaProses mengenal pasti bahan bukti fizikal dengan menggunakan teknologi dan sains forensik. Contohnya, identifikasi DNA forensik melibatkan penggunaan teknologi PCR dan statistik forensik untuk mengenal pasti sumber DNA yang dipertikaikan.
significant figureangka berertiKimiaKimia AnalisisBilangan digit yang perlu untuk menyatakan hasil pengukuran sesuai dengan kepresisan yang diukur. Ia biasanya terdiri daripada digit-digit yang diketahui dengan pasti ditambah satu digit tak pasti. Misalnya, suatu isi padu cecair 20.57 ml. Nilai 20.5 adalah nilai yang diketahui dengan pasti dan digit yang terakhir iaitu 7 merupakan nilai anggaran. Oleh yang demikian, bilangan angka bererti bagi nombor ini ialah 4.
marketing researchpenyelidikan pemasaranKomunikasiKorporatProses dan aktiviti yang sistematik untuk mengenal pasti, mengumpul, menganalisis, dan menyebarkan data kepada pembuat keputusan pemasaran. Tujuannya adalah untuk menyediakan maklumat bagi merancang strategi pemasaran, peramalan, dan perancangan masalah pemasaran. Selain itu, proses ini digunakan untuk mengenal pasti peluang pemasaran dan rangkaian hubungan antara pelanggan. Peringkat pelaksanaan aktiviti penyelidikan biasanya mengandungi empat peringkat. Pertama, mengenal pasti masalah atau isu. Kedua, menyediakan kaedah dan peralatan penyelidikan secara saintifik. Ketiga, melakukan penyelidikan. Keempat, menganalisis data serta membuat dan membentangkan laporan. Kaedah yang kerap digunakan adalah kajian lapangan perbincangan kumpulan fokus, serta kajian melalui pos dan elektronik. Aktiviti penyelidikan biasanya dilakukan oleh organisasi yang berkenaan melalui syarikat perunding penyelidikan.
origin and destinationalasan dan destinasiKejuruteraanTiadaJumlah perjalanan yang dikenal pasti bermula dari satu tempat alasan menuju ke suatu tempat lain sebagai destinasi. Jumlah perjalanan ini digunakan untuk mengenal pasti corak perjalanan penduduk di sesuatu tempat.
12345678910...

Kembali ke atas