Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
truthkebenaranPendidikanTiadaIlmu pengetahuan yang benar atau pasti berlandaskan sumber yang boleh dipercayai.
the othersi lainKesusasteraanTiadaKonsep dunia di luar diri individu atau aspek tersembunyi dalam diri individu. Si lain digunakan secara meluas dalam penulisan bidang falsafah dan psikologi. Rosemary Jackson mengenal pasti konsep ini sebagai asas pada struktur semantik yang berupaya menghasilkan pelbagai motif fantastik. Usaha yang penting dalam motif fantastik adalah untuk menghapuskan perbezaan antara konsep diri dengan konsep si lain. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan tema nafsu dan bawah sedar dalam diri individu. Konsep ini juga penting dalam teori pascakolonial, iaitu pihak penjajah melihat masyarakat yang dijajah sebagai si lain. Hal ini adalah kesan daripada cara mereka menganggap diri sendiri sebagai pusat dunia, manakala orang yang dijajah berada di pinggiran dunia. Penjajah mengganggap diri mereka lengkap dan merangkumi semua nilai manusia yang sejati, iaitu konsep �diri� yang benar, manakala orang yang dijajah sebagai �lain�, yakni berkedudukan lebih rendah. Proses �melainkan� merujuk kepada kegiatan menganggap dan menilai orang lain sebagai lebih rendah kedudukannya.
interviewtemu bualPsikologiPsikologi UmumKaedah untuk mendapatkan maklumat seperti sejarah hidup individu, sifat personaliti dan kedudukan kesihatan mental terkini secara bersemuka. Terdapat dua jenis temu bual, iaitu berstruktur dan tidak berstruktur. Dalam temu bual tak berstruktur, perbualan lebih bersifat tidak formal dan topik perbualan lebih terbuka. Dalam temu bual berstruktur, maklumat diperoleh melalui soal selidik dan kaedah ini adalah lebih terfokus, teratur dan terancang. Temu bual boleh digunakan untuk mengenal pasti gangguan personaliti, pemilihan kerjaya, kemasukan ke IPTA, mengkaji kedinamikan personaliti, mendapat maklumat untuk proses kaunseling atau terapi. Selain mendapat maklumat, temu bual juga membolehkan penemu bual meneliti nada suara, gerakan badan, postur dan air muka yang boleh menyokong maklumat yang disampaikan oleh individu yang ditemu bual kerana kadangkala apa yang dikatakan oleh klien mungkin tidak benar kerana gerakan badan boleh memberi makna yang lain daripada sesuatu yang diperkatakan.

Kembali ke atas