Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.su] | ڤاسو

Definisi : 1. bekas drpd tanah dll, diisi dgn tanah utk menanam pokok; 2. bekas air dll yg dibuat drpd tanah dll; memasukan menanam (memasukkan dsb) dlm pasu (yg berisi tanah): ada juga jenis-jenis pokok renek yg dipasukan tidak boleh diletakkan dlm teduh lebih drpd satu minggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.su] | ڤاسو

Definisi : bekas yg dibuat drpd tanah liat dan luas mulutnya (utk bekas air, bunga dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasu

Puisi
 

Bunga ros dalam pasu,
     Mari tudung dengan kain;
Janji tuan janji palsu,
     Janji sudah berubah lain.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Santan masuk ke pasu,
     ampasnya tumpah ke tanah.

Bermaksud :

Sesudah tak berguna lalu dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: Santan ke pasu, ampas pun ke tanah).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikan subjek untuk ayat pasif di bawah ini. 1. Pasu-pasu bunga itu akan kami alihkan sebentar lagi. 2. Makanan yang telah basi itu telah saya buang sebentar tadi.1. Pasu-pasu bunga itu
2. Makanan yang telah basi itu
Lain-lain12.02.2015
Assalamualaikum.Saya nak tanya ayat berikut betul atau salah 1. Kita haruslah sopan santun terhadap orang tua. 2. Pasu-pasu bunga itu saya cat.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

(1)  Kita haruslah bersopan santun terhadap orang tua.

(2)  Pasu-pasu bunga itu saya cat. (ayat pasif kata ganti nama diri pertama).

Tatabahasa10.03.2014
soalan saya berkenaan dengan perkataan "Pasu Tembikar". adakah Pasu Tembikar @ Tembikar Pasu yang betul penggunaannya? terima kasihFrasa yang betul ialah pasu tembikar.Tatabahasa15.09.2009
Salam sejahtera ! Soalan :(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Adakah ayat (i) dan (ii) sama maksud dengan ayat (A) Terima kasih(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya.
(i)  Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi.
(ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah.
Ketiga-tiga ayat tersebut sama maksudnya, ayat (i) dan (ii) ialah bentuk pasif ayat (A).
Tatabahasa28.10.2014
Adakah kedua-dua ayat ini boleh diterima. 1. Ali mengankat pasu bunga. 2. Ali mengangkat pasu pokok bunga. Catatan:di dalam pasu bunga tersebut ada pokok bunga.Memadai ditulis sebagai pasu bunga sahaja.Lain-lain07.08.2019
Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Saya marah pada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Sama maksud ke?

1. Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. (betul)

2. Saya marah kepada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. (kata sendi nama"pada" diganti dengan "kepada".  Salah satu daripada fungsi kata sendi nama "kepada" adalah untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.)

Oleh itu, frasa "Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya" dan "Saya marah kepada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya" mempunyai maksud yang sama.

Tatabahasa30.11.2022
"Kakak menanam bunga ke dalam pasu" atau " kakak menanam bunga di dalam pasu", yang mana satu betul?Ayat yang gramatis ialah "kakak menanam bunga di dalam pasu".Tatabahasa16.03.2014
mcm mana maksud ayat ini..di sudut luar rumah terdapat bebberapa buah pasu bunga yang tidak bersusun dan terbiar di bawah pangkal pokok.sebuah daripada pasu itu tergolek dan pecah.tanah dan pokok bunga terkeluar daripada pasu tersebut.kelihatan juga sebahagian roda basikal terletak berhampiran

Dalam bentuk biasa ayat ini menceritakan keadaan pasu bunga yang tidak tersusun dan terbiar yang terletak di bahagian luar rumah. Walau bagaimanapun dalam bentuk kreatif ayat ini mungkin mengandungi makna yang tersirat disebaliknya. Hal ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam lagi.

Lain-lain19.11.2008
salam, yang manakah betul? a) pokok bunga dalam pasu. b) pokok bunga di dalam pasu. terima kasih.Frasa yang betul ialah:  b) pokok bunga di dalam pasuTatabahasa23.08.2021
Saya hendak bertanya, apakah penjodoh bilangan untuk pasu? adakah penjodoh bilangannya buah? contoh ayat, "ibu membeli tiga buah pasu."Penjodoh yang sesuai ialah "sebuah pasu bunga".Tatabahasa17.12.2015
12345

Kembali ke atas