Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.su] | ڤاسو

Definisi : 1. bekas drpd tanah dll, diisi dgn tanah utk menanam pokok; 2. bekas air dll yg dibuat drpd tanah dll; memasukan menanam (memasukkan dsb) dlm pasu (yg berisi tanah): ada juga jenis-jenis pokok renek yg dipasukan tidak boleh diletakkan dlm teduh lebih drpd satu minggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.su] | ڤاسو

Definisi : bekas yg dibuat drpd tanah liat dan luas mulutnya (utk bekas air, bunga dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasu

Puisi
 

Bunga ros dalam pasu,
     Mari tudung dengan kain;
Janji tuan janji palsu,
     Janji sudah berubah lain.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Santan masuk ke pasu,
     ampasnya tumpah ke tanah.

Bermaksud :

Sesudah tak berguna lalu dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: Santan ke pasu, ampas pun ke tanah).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa benda dalam pasu, Rebus ketupat jadi batu; Kalau berniaga kongsi bisu, Jangan untung rugi tak Berniaga/untung
Kurik Kundi Merah SagaBunga ros dalam pasu, Mari tudung dengan kain; Janji tuan janji palsu, Janji sudah berubah lain.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan mandi telaga, Timba air dalamlah pasu; Pandailah sungguh adik meneka, Yang paling tinggi ialah nafsu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian buah kuini, Mari letak dalam pasu; Duduk diam laki bini, Macam orang tidak bernafsu.
Kurik Kundi Merah SagaSama-sama mandi ke laut, Mandi ke laut bergoyang pasu; Alang-alang mati berebut, Sama-sama berundur nafsu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga di pasu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kita mengingat, Jangan lupa bunga di pasu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga yang di pasu.

Kembali ke atas