Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.su] | ڤاسو

Definisi : 1. bekas drpd tanah dll, diisi dgn tanah utk menanam pokok; 2. bekas air dll yg dibuat drpd tanah dll; memasukan menanam (memasukkan dsb) dlm pasu (yg berisi tanah): ada juga jenis-jenis pokok renek yg dipasukan tidak boleh diletakkan dlm teduh lebih drpd satu minggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.su] | ڤاسو

Definisi : bekas yg dibuat drpd tanah liat dan luas mulutnya (utk bekas air, bunga dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasu

Puisi
 

Bunga ros dalam pasu,
     Mari tudung dengan kain;
Janji tuan janji palsu,
     Janji sudah berubah lain.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Santan masuk ke pasu,
     ampasnya tumpah ke tanah.

Bermaksud :

Sesudah tak berguna lalu dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: Santan ke pasu, ampas pun ke tanah).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
potted planttanaman pasuPertanianAgronomi

Tanaman yang di tanam dalam berkas atau pasu. Ada berjenis jenis pasu mengikut saiz, warna dan bentuk. Pasu juga diperbuat daripada berbagai-bagai bahan seperti plastik, tanah atau tembikar. Kebiasaanya pasu mempunyai lubang di bawah bagi tujuan mudah pengeluaran air. Pasu di gunakan untuk penyakit serta mengelakkan rumpai, tanaman atau bunga.

self-watering containersbekas pengairan sendiriPertanianAgroteknologiSet bekas dan pasu yang digunakan supaya pengairan tidak perlu dilakukan dengan kerap. Pasu perlu mengandungi medium atau tanah, dan terdapat lubang-lubang yang boleh dilalui air di bahagian bawah pasu tersebut. Pasu ini diletakkan di atas suatu bekas yang mengandungi air yang bertakung. Air diserap ke dalam medium melalui sumbu (kain, tali) supaya sentiasa lembap dan akar pokok dapat menyerap air. Bekas tersebut hanya perlu diisi air kira-kira seminggu sekali. Singkatan SWC. Sinonim autopasu.
pot experimentkajian pasuPertanianTiada

Kajian yang dijalankan dengan menggunakan pasu atau bekas kecil seperti polibeg, kotak atau tangki sebagai unit eksperimen. Kajian pasu merangkumi penilaian terhadap varieti, penggunaan baja dan keperluan pengairan. Kajian ini digunakan untuk mengurangkan kos dan memudahkan penyelenggaraan berbanding kajian di lapangan. Kajian pasu membolehkan keadaan persekitaran dikawal sekiranya dilaksanakan di dalam rumah lindungan. Kajian ini sesuai untuk tanaman kecil seperti cili, terung dan bunga-bungaan.

cylindrical vasevas bentuk silinderArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPasu yang mempunyai bahagian leher berbentuk lurus panjang manakala bahagian badan hingga dasar berbentuk bulat. Pasu ini terdiri daripada tembikar tanah, porselin dan celadon. Kaedah roda putar digunakan untuk membentuk pasu ini. Selain itu, pasu ini digunakan untuk kegunaan harian seperti menyimpan air, dan juga turut diperdagangkan.
degradable potpasu mudah uraiLandskapTiadaPasu semai an atau percambahan semen tara yang diperbuat daripada bahan mudah urai. Contohnya, pasu Jiffy.
potting compostkompos pasuPertanianAgronomi

Bahan organik yang mencakupi najis binatang, dan sisa tanaman seperti sekam padi, kulit koko dan batang pisang yang telah reput. Bahan ini dicampur dengan bahan lain seperti pasir, gambut dan tanah liat untuk dijadikan medium tanaman pasu. Kompos pasu kaya dengan bahan organik dan nutrien di samping mempunyai struktur yang sesuai untuk pertumbuhan tanaman.

repottingpemasuan semulaPertanianAgronomi

 Kaedah penggantian pasu kecil dengan yang lebih besar untuk menggantikan bahan media tanaman yang baru dan memberi ruang yang lebih di dalam pasu. Pemasuan ini dilakukan apabila pokok di dalam pasu telah membesar dan ruang dalam pasu asal tidak mencukupi untuk menampung isi padu akar pokok tersebut. Pertumbuhan pokok akan kelihatan terhad kerana sistem akar berlingkar dan menjadi mampat di dalam pasu.

Leclanche cellsel LeclancheTeknikElektrikSel kering biasa yang menggunakan rod karbon sebagai anod dan batang zink sebagai katod. Anod dikelilingi campuran mangan oksida dan serbuk karbon yang diletakkan di dalam pasu berliang. Pasu ini pula terletak dalam elektrolid ammonium klorida, begitu juga dengan batang zink. Sel ini menghasilkan arus elektrik yang lebih sekata kerana mangan oksida dapat menghalang proses pengutuban dengan mengoksidakan gas hidrogen yang terbentuk. D.g.e. sel ini kira-kira 1.5 volt.
effigy jarpasu patungKesenianTiadaPasu berbentuk manusia atau binatang yang dibuat daripada tanah liat.
composite potpasu rencamKesenianTiadaPasu tembikar yang diperbuat daripada berbagai-bagai jenis tanah liat.
12345678

Kembali ke atas