Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tén] | ڤاتين

Definisi : (patén) surat kerajaan yg memberi hak kpd orang (perusahaan) utk mengeluarkan barang ciptaannya sendiri utk beberapa tahun dgn melarang orang lain menirunya: dgn menggunakan ~ Marconi, sebuah syarikat wayarles yg pertama telah ditubuhkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paten


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanyakan manakah penggunaan ayat yang tepat "Nyatakan empat ciri-ciri paten atau nyatakan empat ciri paten' sahaja. Terima kasih."Nyatakan empat ciri paten" yang betul.Tatabahasa22.08.2016
salam, apakah maksud "paten" dalam bidang seni reka?Paten ialah hak cipta yang diberikan oleh kerajaan terhadap sesuatu ciptaan supaya orang lain tidak boleh meniru dan mengekspolitasi ciptaan itu.Makna31.07.2012
Assalamualaikum. Saya kurang jelas dengan penterjemahan yang tepat bagi frasa "peripheral patent". "Peripheral" menurut laman web DBP adalah "peranti persisian", tetapi tiada carian internet / kamus dijumpai bagi frasa "paten peranti persisian", sedangkan ada carian internet dijumpai bagi "paten perisian". Mohon khidmat nasihat tuan/puan. Terima kasih.Terjemahan bagi perkataan peripheral patent masih belum wujud dalam data kami, ini merupakan cadangan terjemahan yang sesuai bagi peripheral patent ialah paten peranti persisian.Makna15.09.2020
Apakah terjemahan bagi 'Patent Law Treaty' dan 'Trademark Law Treaty' dalam bahasa melayu?Tuan/puan boleh kemukakan soalan berkenaan penterjemahan kepada pihak Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan "Patent Law Treaty" dan "Trademark Law Treaty" dipadankan kepada "Perjanjian Undang-undang Paten" dan " Perjanjian Undang-undang Tanda Dagangan".Penyemakan dan penterjemahan21.07.2014
Salam Encik, Saya ingin bertanyakan berkenaan yang dialih bahasa daripada bahasa Engeris ke bahasa MElayu. Perkataannya ialah : Patent-pending adakah betul sekiranya di alih bahasa ke : hak cipta terpelihara harap Encik dapat membantu

Padanan istilah hak cipta terpelihara dalam bahasa Inggeris ialah all rights reserved. Merujuk pertanyaan saudara, berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan patent diterjemahkan sebagai paten, manakala pending diterjemahkan sebagai masih belum selesai.

Istilah09.12.2009

Kembali ke atas