Saya ingin bertanya, ejaan untuk bidang Anatomi, Farmakologi, Fisiologi, Mikrobiologi, Patologi, Psikologii dan sebagainya, perlu menggunakan huruf besar pada permulaan perkataan? Contoh bidang Anatomi atau bidang anatomi? | Nama khas bidang ilmu ditulis dengan huruf besar. Ejaan yang betul ialah bidang Anatomi, Farmakologi, Fisiologi, Mikrobiologi, Patologi, Psikologi. | Ejaan | 21.09.2022 |
pakar bedah mayat dalam bahasa inggeris | Sekiranya diterjemahkan secara literal "outpsy" (autopsi) Pemeriksaan organ dan tisu mayat untuk menentukan sebab kematian atau keadaan patologi. Manakala pakar bedah dalam bahasa Inggeris ialah "surgeon". Manakala kata Forensic (forensik) pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (misalnya, utk menentukan punca sesuatu kematian). Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03-41497210. | Istilah | 01.03.2009 |
Adakah apa-apa istilah dalam Bahasa Melayu untuk istilah Inggeris ini: Pathogen, Pathologi, Etiologi, Social Epidemiology | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. pathogen - patogen 2. pathology - patologi 3. etiology - etiologi 4. social epidemiology - epidemiologi sosial | Istilah | 17.04.2013 |
Mohon untuk semakan nama-nama kursus berikut untuk program Sijil Veterinar Malaysia: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan Industri | Ejaan yang betul dan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikiut ialah: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English - Komunikasi Bahasa Inggeris 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan Industri | Tatabahasa | 28.10.2020 |