Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tuh] | ڤاتوه

Definisi : menurut (perintah, peraturan, hukum, dll), taat, tidak membantah: ke mana sahaja diperintahkan pergi, dia mesti ~; orang yg kalah undian ini mesti ~ kpd keputusan ramai; ~ janggal nampak sahaja patuh tetapi sebenarnya tidak; mematuhi menurut (perintah, suruhan, dll), mentaati: Udin ~ cakap ibunya; pemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze; kepatuhan perihal patuh (menurut perintah dll), sifat patuh, ketaatan: ~ mereka itu memerlukan balasan yg sama; pematuhan perbuatan mengikut perintah: ~ dan pengabdian masih lagi diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tuh] | ڤاتوه

Definisi : tidak membantah sebarang suruhan atau perintah; menurut; taat: Kita hendaklah sentiasa ~ kpd undang-undang negara. mematuhi berlaku taat pd; mentaati: Ali ~ nasihat ibunya. kepatuhan sifat patuh: ~ terhadap peraturan yg ada memang perlu bagi menjayakan program itu. pematuhan perbuatan, hal dsb patuh atau mematuhi: ~ yg membabi buta tidak akan mendatangkan kebaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patuh (kata kerja)
Bersinonim dengan taat, setia, tunduk, tunak, patih; soleh, takwa, tawaduk, taslim, turut, ikut, akur, setuju;,
Kata Terbitan : mematuhi, kepatuhan,

Peribahasa

Air orang disauk,
     ranting orang dipatah,
adat orang diturut.

Bermaksud :

Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, penggunaan kata sendi nama kepada dan pada dalam frasa di bawah ini yang manakah betul. 1. patuh kepada peraturan 2. patuh pada peraturan. Saya telah merujuk kepada link:http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=patuh+pada+peraturan+atau+patuh+kepada+peraturan&d=10 dan mendapati bahawa tuan mengatakan bahawa frasa "patuh pada peraturan" adalah betul. Tetapi mungkin ahli bahasa berpendapat lain. Tengok link ini: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Kita+haruslah+patuh+kepada+peraturan+jalan+raya+demi+menjamin+keselamatan+diri. Frasa "patuh kepada peraturan" dalam ayat "Kita haruslah patuh kepada peraturan jalan raya demi menjamin keselamatan diri." diberikan betul pula. Dalam hal ini, frasa patuh pada peraturan atau frasa patuh kepada peraturan barulah paling tepat mengikut hukum dan peraturan tatabahasa?Dalam hal ini, kami mencadangkan frasa "mematuhi peraturan" digunakan, mematuhi ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek, iaitu peraturan.Tatabahasa25.05.2014
Mana yang betul? 1. Patuh ( kepada / pada ) peraturan. 2. Patuh ( kepda / pada ) guruYang betul ialah 1. Patuh pada peraturan. 2. Patuh kepada guru.Tatabahasa13.08.2014
patuh kepada arahan atau patuh akan arahan? terima kasihFrasa yang betul ialah "patuh kepada arahan", kata sendi nama akan hadir selepas kata adjektif yang bersifat emotif seperti "saying akan anaknya".Tatabahasa13.06.2013
Yang manakah betul? 1. patuh kepada ibu /patuh pada ibu 2. Frasa ibu bapa merujuk kepada dua orang atau satu kumpulan?1. Frasa yang betul ialah "patuh kepada ibu".
2. Frasa ibu bapa merujuk kepada satu entiti, iaitu ibu atau bapa.
Tatabahasa07.10.2012
Manakah yang betul? 1. warga sekolah atau semua warga sekolah? 2. patuh pada arahan / patuh kepada arahan1. Frasa yang betul ialah warga sekolah kerana warga telah menunjukkan jamak.
2. Patuh pada arahan.
Tatabahasa29.05.2012
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara patuh pada dengan patuh kepada? Sekian, terima kasih!!

Pada ialah kata sendi yang luas penggunaannya. Pada boleh digunakan untuk masa,  tempat, benda abstrak dan benda konkrit tertentu.

Kepada  ialah kata sendi yang lazimnya digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan .

Tatabahasa05.07.2013
Saya agak keliru dengan penggunaan 'pada' dan 'kepada'. Di antara frasa frasa berikut, yang mana satu betul keguaannya? 'patuh pada undang undang' 'patuh kepada undang undang' Terima kasih.

Puan Mastura,

Pada ialah kata sendi yang luas penggunaannya. Pada boleh digunakan untuk masa,  tempat, benda abstrak dan benda konkrit tertentu.

Kepada  ialah kata sendi yang lazimnya digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan .

 Oleh itu, frasa ayat yang tepat ialah: patuh pada undang-undang.

 

Tatabahasa26.02.2009
Salam sejahtera, tuan. Soalan 1: adakah selepas kata hubung? Soalan 2: patuh kepada suruhan Allah atau patuh pada suruhan Allah? Soalan 3: Adakah memberi digunakan untuk benda bernyawa dan memberikan digunakan untuk benda tidak bernyawa?
  1. Soalan tidak difahami. Sila terangkan dengan lebih jelas. 
  2. Cadangan jawapan ialah "Patuh pada suruhan Allah".
  3. Perkataan “memberi" dan “memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan “memberi” hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala “memberikan” hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:
    • Ali memberi kucing makan. 
    • Ali memberikan makanan kepada kucing.

            Sila rujuk buku tatabahasa bahasa Melayu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Tatabahasa18.03.2022
Patuh pada/kepada ketinggian iman.Patuh pada ketinggian iman.Tatabahasa19.04.2012
Tuan DBP, tolong beritahu saya frasa di bawah yang manakah adalah betul. 1. patuh akan perintah Allah 2. patuh kepada perintah Allah Berdasarkan pembelajaran Tatabahasa saya, "akan" digunakan jika belakang "akan" terdapat objek abstrak seperti perkataan "perintah" iaitu objek abstrak yang terdapat di atas. Manakala "kepada" pula belakangnya mesti ada objek bernyawa dan objek konkrit. Tolong saya selesaikan kekeliruan saya ini. Terima kasih banyak-banyak!Ayat yang gramatis ialah "patuh kepada perintah Allah". Kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.
Tatabahasa29.04.2014
123

Kembali ke atas