Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tuh] | ڤاتوه

Definisi : menurut (perintah, peraturan, hukum, dll), taat, tidak membantah: ke mana sahaja diperintahkan pergi, dia mesti ~; orang yg kalah undian ini mesti ~ kpd keputusan ramai; ~ janggal nampak sahaja patuh tetapi sebenarnya tidak; mematuhi menurut (perintah, suruhan, dll), mentaati: Udin ~ cakap ibunya; pemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze; kepatuhan perihal patuh (menurut perintah dll), sifat patuh, ketaatan: ~ mereka itu memerlukan balasan yg sama; pematuhan perbuatan mengikut perintah: ~ dan pengabdian masih lagi diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tuh] | ڤاتوه

Definisi : tidak membantah sebarang suruhan atau perintah; menurut; taat: Kita hendaklah sentiasa ~ kpd undang-undang negara. mematuhi berlaku taat pd; mentaati: Ali ~ nasihat ibunya. kepatuhan sifat patuh: ~ terhadap peraturan yg ada memang perlu bagi menjayakan program itu. pematuhan perbuatan, hal dsb patuh atau mematuhi: ~ yg membabi buta tidak akan mendatangkan kebaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patuh (kata kerja)
Bersinonim dengan taat, setia, tunduk, tunak, patih; soleh, takwa, tawaduk, taslim, turut, ikut, akur, setuju;,
Kata Terbitan : mematuhi, kepatuhan,

Peribahasa

Air orang disauk,
     ranting orang dipatah,
adat orang diturut.

Bermaksud :

Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
setia patuh enterprise26231/2017nama dalam ssmMajlis Daerah Perak TengahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201705/13968Lulus02/05/201703/05/201709:55:47
Simpanan anda20909/2017Mendapat pulangan menarik* Patuh syariah Menyokong Pembangunan pertanian Terbuka untuk semuaDewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201704/15778Lulus12/04/201713/04/201708:39:08
Butik MASZ Design35199/2015BUTIK MASZ DESIGN, BUSANA EKSKLUSIF, UNIK, DAN PATUH SYARIAHMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahButikTiadaDBP/KPB/201509/06276Lulus07/09/201508/09/201512:14:00
Sahabat Agro54117/2016Sahabat Agro Simpan Rujuk Nikmati Ganjaran Tiada had deposit Produk patuh syariah Risiko kewangan minimum Ganjaran boleh dipindah milik Ganjaran secara pasif setiap bulan Boleh dijadikan inisiatif amal jariah Tertakluk pada terma, syarat dan pDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/10247Lulus01/11/201602/11/201608:47:53
I-DIVERS7569/2016I-DIVERS LETS DIVE WITH KNOWLEDGE AND SKILLS "SYARIAH COMPLIANCE IN DIVING" (SEKOLAH SKUBA PATUH SYARIAH) LOT NO.3, PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN, SEKSYEN 13, 40100, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN PEJABAT : 0355232296 TB : 0132663643 Laman Web : wMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/08713Lulus22/02/201623/02/201608:45:43
I-DIVERS7142/2016I-DIVERS LETS DIVE WITH KNOWLEDGE AND SKILLS "SYARIAH COMPLIANCE IN DIVING" (SEKOLAH SKUBA PATUH SYARIAH) LOT NO.3, PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN, SEKSYEN 13, 40100, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN OFFICE : 0355232296 HP : 0132663643 WEBSITE : www.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/08525Lulus22/02/201622/02/201611:33:21
PELUANG TERAKHIR5885/2015PELUANG TERAKHIR Diskaun 20% Bayaran Balik Pinjaman – Promosi Sehingga 31 Mac 2015 Nikmati Penjimatan Kos Sehingga 49% Kerana Bertukar Kepada Pembiayaan Patuh Syariah – Ujrah. Untuk maklumat lanjut, kunjungi semua kaunter PTPTN di seluruh negara atDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201502/05701Lulus16/02/201517/02/201509:03:32
SAMA SAMA SPA BANTING Kecantikan13839/2015SAMA SAMA SPA 03-78597227 SAMASAMASPA SAMA SAMA SPA A02, PLAZA JELUTONG, 5C PERSIARAN UTAMA, BUKIT JELUTONG, 40150 SHAH ALAM PATUH SYARIAH KECANTIKAN KUKU PELILINAN URUTAN BADAN MAJLIS / ACARAMajlis Bandaraya Shah AlamSalunTiadaDBP/KPB/201504/06935Lulus14/04/201515/04/201516:21:50
SAMA SAMA SPA Banting Rawatan13836/2015SAMA SAMA SPA 03-78597227 SAMASAMASPA SAMA SAMA SPA A02, PLAZA JELUTONG, 5C PERSIARAN UTAMA, BUKIT JELUTONG, 40150 SHAH ALAM PATUH SYARIAH RAWATAN KUKU PELILINAN URUTAN BADAN MAJLIS / ACARAMajlis Bandaraya Shah AlamSalunTiadaDBP/KPB/201504/06927Lulus14/04/201515/04/201516:16:16
SAMA SAMA SPA BANNER KECANTIKAN13853/2015SAMA SAMA SPA 03-78597227 SAMASAMASPA SAMA SAMA SPA A02, PLAZA JELUTONG, 5C PERSIARAN UTAMA, BUKIT JELUTONG, 40150 SHAH ALAM PATUH SYARIAH KECANTIKAN KUKU PELILINAN URUTAN BADAN MAJLIS / ACARAMajlis Bandaraya Shah AlamPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201504/06862Lulus14/04/201515/04/201514:32:13
12

Kembali ke atas