Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tung] | ڤاتوڠ

Definisi : 1. sesuatu bentuk manusia (binatang dll) yg dibuat drpd batu (logam, kayu, dll), arca: di atas tugu itu ~-~ polis khas akan didirikan; duduk spt ~ duduk tidak bergerak; 2. = anak ~ patung kecil (permainan kanak-­kanak), anak-anakan, boneka; 3. ki orang dll yg menjadi lambang sahaja (menjadi permain­an orang lain dll): maharaja itu menjadi ~, dimainkan oleh maharaja yg sudah bersara; mematung (diam, tiada bergerak-gerak) spt patung: gadis itu tetap ~; dia ~ di tepi kereta; mematungkan 1. menyebabkan jadi patung, menjadikan patung; 2. memandang (meng­anggap) sbg patung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tung] | ڤاتوڠ

Definisi : ; belalang ~ = patung-patung se­patung, sibur-sibur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tung] | ڤاتوڠ

Definisi : sj ikan darat, kepar, Pristolepis fasciatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tung] | ڤاتوڠ

Definisi : 1 bentuk orang atau binatang yg diukir drpd batu dll; arca. 2 = anak ~ barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak-anakan. mematung diam dan tidak bergerak-gerak (spt patung): Dia ~ saja ketika disoal oleh pihak polis. mematungkan menjadikan patung; menganggap sbg patung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata patung

Puisi
 

Cantik semacam anak patung,
     Baju merah baju kurung;
Nasib berniaga kalau mahu untung,
     Modal sedikit jadi sekarung.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya hendak bertanya tentang perkataan "pepatung". Adakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam buku latihan sekolah. Entri untuk perkataan ini tidak ada dalam kamus. Yang ada "sepatung" dan "sibur-sibur".Perkataan "pepatung" memang ada dalam bahasa Melayu dalam bentuk istilah.  Perkataan ini telah ditambah baik menjadi "patung-patung" untuk entri di dalam kamus. Perkataan "pepatung" boleh digunakan dan tidak salah, namun untuk lebih tepat kami cadangkan agar perkataan "patung-patung" atau "sibur-sibur" digunakan di peringkat sekolah.  Terima kasih.Istilah23.01.2018
ANAK PATUNG BERUANG PERLUKAN PENJODOH BILANGAN ATAU X??? 1. Dua ekor anak patung beruang 2. Dua anak patung beruang

Penjodoh bilangan untuk anak patung beruang ialah ekor.

Tatabahasa30.07.2011
Apakah penjodoh bilangan bagi anak patung Apakah kata kerja yang sesuai untuk orang bancuh simen dan memasang batu bataUntuk makluman, tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, anak patung tidak mempunyai penjodoh bilangan, memadai dua anak patung, sepasang anak patung.

Kata kerja yang sesuai ialah membancuh simen dan menyusun batu-bata.
Tatabahasa19.06.2013
merujuk kepada kamus dewan edisi kedua: [riang] | رياڠ Definisi : ; riang-riang nama sj binatang spt biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Adakah riang-riang boleh disingkatkan kepada reriang? [re.riang] | ررياڠ Definisi : 1 nama sj serangga, Pomponia imperatoria. 2 serangga yg berkepala lebar, berkepak lejas dan yg jantannya mempunyai sepasang organ yg mengeluarkan bunyi yg nyaring, Cicada spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Reriang I Definisi : riang-riang (sj serangga). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Reriang I Definisi : riang-riang (sj tumbuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Soalan kedua: Patung-patung = Dragonfly? Sepatung = Dragonfly? Pepatung = Dragonfly?1. Perkataan reriang boleh digunakan.

2. Padanan bahasa Melayu bagi dragonfly ialah pepatung atau patung-patung.
Tatabahasa24.09.2017
Yang manakah yang paling tepat: a) Dua patung itu berada di kedudukan yang salah. b) Dua patung itu berada pada kedudukan yang salah.Ayat yang gramatis ialah "Dua patung itu berada pada kedudukan yang salah".Tatabahasa26.08.2011
Salam Tuan dalam talian, 1. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk patung wayang kulit? Ayat Contoh: 1. Tok dalang itu sedang menggerakkan dua keping patung wayang kulit semasa persembahannya. Sekian, terima kasih.Tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Tok dalang itu menggerakkan patung wayang kulit semasa persembahannya atau Tok dalang itu  menggerakkan patung watak wayang kulit semasa persembahannya.Lain-lain29.12.2010
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Salam, adakah atau bolehkah penjodoh bilangan 'ekor' digunakan untuk objek yang berbentuk haiwan? Sebagai contoh: seekor anak patung beruang, seekor itik getah dan sebagainya. Terima kasih.

‘Ekor’ ialah penjodoh bilangan bagi binatang. Untuk makluman, tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, anak patung, itik getah tidak mempunyai penjodoh bilangan, memadai dua anak patung, dua itik getah.

Tatabahasa18.04.2014
Salam sejahtera cikgu, Saya ingin bertanya berkaitan imbuhan akhiran. Bolehkah saya tulis: "Jangan takutkan adik kamu dengan patung itu," kata Li Ming kepada adiknya. Boleh saya guna imbuhan akhiran -kan untuk perkataan 'takut'? Atau pun imbuhan akhiran -i (takuti) lebih sesuai? Sekian terima kasih.  Ayat yang lebih tepat ialah "Jangan takutkan adik kamu dengan patung itu," kata Li Ming kepada adiknya.Tatabahasa24.10.2015
Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan bagi istilah berikut. Semua istilah merujuk pada permainan kanak-kanak kecuali nombor 4. 1) plushy 2)soft toy 3)stuffed animal 4)plushophile 5)Teddy bear Terima kasih.Waalaikumsalam. Cadangan kami:
1. plushy =patung mainan lembut
2. soft toy = mainan lembut
3. stuffed animal = patung mainan lembut
4. plushophile = patung
5. teddy bear = beruang teddy
Penyemakan dan penterjemahan28.09.2015
123

Kembali ke atas