Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tung] | ڤاتوڠ

Definisi : 1. sesuatu bentuk manusia (binatang dll) yg dibuat drpd batu (logam, kayu, dll), arca: di atas tugu itu ~-~ polis khas akan didirikan; duduk spt ~ duduk tidak bergerak; 2. = anak ~ patung kecil (permainan kanak-­kanak), anak-anakan, boneka; 3. ki orang dll yg menjadi lambang sahaja (menjadi permain­an orang lain dll): maharaja itu menjadi ~, dimainkan oleh maharaja yg sudah bersara; mematung (diam, tiada bergerak-gerak) spt patung: gadis itu tetap ~; dia ~ di tepi kereta; mematungkan 1. menyebabkan jadi patung, menjadikan patung; 2. memandang (meng­anggap) sbg patung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tung] | ڤاتوڠ

Definisi : ; belalang ~ = patung-patung se­patung, sibur-sibur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tung] | ڤاتوڠ

Definisi : sj ikan darat, kepar, Pristolepis fasciatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tung] | ڤاتوڠ

Definisi : 1 bentuk orang atau binatang yg diukir drpd batu dll; arca. 2 = anak ~ barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak-anakan. mematung diam dan tidak bergerak-gerak (spt patung): Dia ~ saja ketika disoal oleh pihak polis. mematungkan menjadikan patung; menganggap sbg patung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata patung

Puisi
 

Cantik semacam anak patung,
     Baju merah baju kurung;
Nasib berniaga kalau mahu untung,
     Modal sedikit jadi sekarung.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
figurinepatung kenitKesenianTiadaPatung yang berukuran tinggi tidak melebihi 10 inci.
statuettepatung kecilKesenianTiadaPatung manusia atau haiwan yang berukuran tidak lebih daripada setengah saiz sebenar atau saiz hidup.
lay figurepatung contohKesenianTiadaPatung manusia yang mempunyai sendi mudah gerak yang dijadikan sebagai model oleh pelukis.
jar effigipatung pasuKesenianTiadaPatung yang dibuat dalam bentuk pasu.
equestrian statuepatung penunggang kudaSejarahTiadaPatung yang menyerupai penunggang kuda yang banyak terdapat pada abad ke-14 di Sepanyol yang melambangkan kepahlawanan tentera mereka.
dummydami; patung; semu; dungu; sulihKesenianTiada3. Patung: Model badan yang digunakan untuk mengacukan pakaian.
figurinepatung kecilArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiArca yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Arca ini mempunyai hubungan dengan unsur spiritual dan keagamaan. Patung kecil ini diperbuat daripada bahan terra cotta, batuan dan kepingan logam. Contohnya, di Tapak 21 dan Tapak 22 telah ditemui arca Awalokitesvara kecil yang duduk di atas padmasana. Di Tapak 8 terdapat pahatan dewi kecil yang diukir pada kepingan emas.
kelirkelirKesusasteraanTiadaTabir atau tirai dalam persembahan wayang kulit. Di atas tabir, di tayangkan patung untuk menghasilkan bayangannya. Kelir ialah ruang lakonan yang dapat disamakan dengan pentas dalam persembahan drama, tempat patung keluar masuk dari tepi, atas, dan bawah. Kelir juga membawa makna simbolik. Dalam wayang kulit Siam, dalang menganggap kelir sebagai dinding alam, tempat patung menjelma sebagai watak hidup.
theatre of the absurdteater absurdKesusasteraanTiadaTeater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd.
puppetbonekaKesenianDrama dan TeaterWatak dalam seni persembahan yang diperbuat daripada patung. Boneka biasanya terdiri daripada dua bentuk, iaitu bentuk seni reka tiga dimensi seperti boneka wayang golek dan boneka dua dimensi seperti dalam wayang kulit. Selain itu, terdapat juga boneka yang dimainkan dengan menyarungkan patung pada pergelangan tangan.
123456789

Kembali ke atas