Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[paut] | ڤاءوت

Definisi : ; sangkut ~ kaitan antara dua tiga hal (perkara dll); ~ bingkai tangguk Kl cara duduk dgn bercangkung dan tangan memeluk kedua­-dua lutut; berpaut 1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan se­suatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, ter­katup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki ber­temu, bertembung; ~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati; berpautan saling berpaut, berpegangan: Mike merapati Darwisah, dan tangan mereka ~; ~ dgn ada hubungannya dgn, berkaitan dgn, bersangkutan dgn, bertalian dgn; memaut 1. memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dgn teguh): tangannya ~ kedua-dua lututnya itu; muka Wan Intan diangkatnya dgn ~ dagu lebah bergantung itu; 2. melilit dgn teguh, meng­ikat, menyangkut: banyak pokok mengeluarkan sulur paut yg ~ pd sokong; 3. ki menyebabkan turut terlibat, melibatkan, menarik (perhatian, pandangan, dll): ia harus melukiskan suasana dan peristiwa yg benar-benar berlaku, yg ~ sebilangan besar masyarakat; 4. ki mengaitkan, menambatkan (perasaan, pandangan, minat, dll): gadis kampung itulah yg telah ~ hatiku pd kampung halamanku; terpaut 1. terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dll), terpikat kpd: hatinya sudah ~ oleh anak dagang yg hitam manis itu; ~ kasih, tersangkut sayang terlalu amat cinta; 2. ter­ikat dgn, bersebati dgn: anak-anak panah yg ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dlm serombong buluh; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ ke awan berarak; 4. bertemu, ter­sua: jika kita mula menyelami perkara itu betul-betul kita akan ~ dgn masalah-masalah yg lebih panjang; semasa dia menyunting karya itu dia ~ dgn beberapa kesalahan ejaan; ~ bertali, tertambang berlantak prb terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi; pautan 1. hasil memaut (memegang dll), pegangan: mereka pun bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan mereka terurai; 2. tempat berpaut (berpegang dll), sesuatu yg dipaut: ia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat tambatannya; 3. hubungannya dgn, kaitannya dgn; 4. tempat menambatkan lembu dll, tempat mengikat ayam; 5. ki tempat asal; ayam pulang ke ~ prb sudah pd tempatnya; perpautan perihal berpaut, perhubungan, pertalian; pemaut 1. sesuatu yg digunakan utk memaut, pemegang (utk menarik): ketika ia membuang batu fatom yg ketiga kalinya, tali ~ pinggang putus; 2. alat yg menghubungkan enjin dgn sesuatu yg hendak digerakkan (gear). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[paut] | ڤاءوت

Definisi : ; terpaut Jk perbezaan, selisih; ®te­paut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[paut] | ڤاءوت

Definisi : sl hampir akan sampai (bkn umur), hampir akan mati: umur kita telah ~lah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[paut] | ڤاءوت

Definisi : ; berpaut 1 berpegang kuat-kuat: Tangan kanannya ~ pd dahan, sementara tangan kirinya memetik buah. 2 terletak atau terikat erat-erat (bkn tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang panjang itu ~ pd junjungnya. memaut 1 memegang serta menarik ke arah diri sendiri; memegang kuat-kuat: Tangannya ~ kedua-dua lututnya. 2 melilit atau mengikat dgn teguh (bkn tumbuh-tumbuhan). memautkan 1 menjadikan sesuatu berpaut pd; mengikatkan atau menyangkutkan sesuatu pd: Hassan ~ tangannya pd dahan itu. 2 melilitkan (bkn tumbuh-tumbuhan); menambatkan (bkn tali dll): Pak Ahmad ~ tali kerbau itu pd batang pokok. terpaut terikat atau tertambat oleh rasa kasih dll; tertarik akan sesuatu: Hatinya sudah ~ pd anak dagang yg hitam manis itu. pautan 1 tempat berpaut; pegangan: Amin terjatuh ke tanah setelah ~nya terlepas. 2 tempat memautkan (sesuatu): Kayu ~ lembu itu telah tercabut. 3 ist sambungan dlm sistem komunikasi. 4 ist alat yg menyambungkan atau merangkaikan dua unsur. 5 ist saluran data komunikasi dlm rangkaian komputer. 6 ist sambungan antara dua fail dlm rangkaian komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paut
Kata Terbitan : berpaut, berpautan, berpaut-pautan, memaut, memautkan, terpaut, pautan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pertinent adj berkaitan, bersangkut-paut: these remarks are hardly ~ to the question, teguran ini tdk berkaitan langsung dgn persoalan itu; ~ comments, komen-komen yg bersangkut-paut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
straphanger n penumpang yg memegang tali paut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sinuous the ~ tendrils of the creepers, sulur paut tumbuhan menjalar yg meliuk-liuk; the ~ channels eroded into the hillside, alur yg berliku-liku menghakis lereng-lereng bukit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
irrelevance, irrelevancyn 1. state, quality of being unrelated, (keadaan) tdk /berkaitan, bersangkutan/ (dgn sst), tdk (ada) kena-mengena dgn sst, tdk ada /kaitan, sangkut paut/ dgn sst; (leg.) tak relevannya; 2. unrelated facts, remark, etc, approp n + yg tdk /berkaitan, bersangkutan/ (dgn sst), approp n + yg tdk (ada) kena-mengena dgn sst, approp n + yg tdk ada /kaitan, sangkut paut/ dgn sst: she ignored the ~ and continued her argument, dia tdk menghiraukan komen yg tdk berkaitan itu dan meneruskan hujahnya; try to cut all the irrelevancies out of your speech, cuba keluarkan segala perkara yg tdk bersangkutan dr ucapan saudara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tendriln 1. thread-like part of a climbing plant, sulur paut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strap3. loop for passengers to hold when standing in a moving vehicle, tali /paut, gayut/: the child was too small to reach the ~, and had to cling to his mother’s legs, budak itu kecil sangat utk memegang tali gayut, jadi dia terpaksa memegang kaki ibunya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aroundfrom ~, dari, [not translated]: take your arm from ~ my shoulders, lepaskan tanganmu dari bahuku or jangan paut bahuku; c. (so as to make a circuit of) mengelilingi, berkeliling: she danced ~ the fire as if in a trance, dia menari mengelilingi unggun api itu spt orang yg tdk sedarkan diri; d. (so as to make partial circuit of) menyusuri, mengelilingi: a voyage ~ the Cape of Good Hope, pelayaran mengelilingi Tanjung Harapan; 3. in every direction from (a point of reference) sekeliling, sekitar: he looked ~ him and could not believe what he saw, dia memandang sekelilingnya dan tdk dapat mempercayai apa yg dilihatnya; 4. situated here and there in, di sana sini di: the antique clocks ~ the house, jam-jam antik yg terdapat di sana sini di rumah itu; 5. from one place to another in, throughout, mengelilingi, berkeliling: to drive ~ the island, memandu mengelilingi pulau itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
irrelevantadj (not connected with) tdk /berkaitan, bersangkutan/ (dgn sst), tdk (ada) kena-mengena dgn sst, tdk ada /kaitan, sangkut paut/ dgn sst; (not important) tdk penting; (leg.) tak relevan: ~ remarks, kata-kata yg tdk ada kena-mengena dgn perkara yg dibincangkan; an essay cluttered with ~ details, esei yg penuh dgn butiran yg tdk berkaitan (dgn tajuk); for as long as she is able to do the job satisfactorily, her qualifications are quite ~, jika dia dapat menjalankan tugasnya dgn memuaskan, kelulusannya tdk penting; be ~ to, tdk /berkaitan, ada kaitan, (ada) kena-mengena/: the question is ~ to the point under discussion, soalan itu tdk ada kaitan dgn perkara yg dibincangkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
haveb. experience or suffer st, kena + v stem: she had her handbag snatched in the market, beg tangannya kena renggut di pasar; he had his right arm amputated in the war, tangan kanannya kena potong dlm perang itu; ~ to do with, a. be concerned with, tentang, mengenai, berkenaan dengan: this book has to do with the American Civil War, buku ini tentang Perang Saudara Amerika; b. also ~ st to do with, be causally related to, /(ada) kena-mengena, bersangkut paut, bertalian/ dgn: his sickness must ~ st to do with the food he ate yesterday, sakitnya mesti ada kena-mengena dgn makanan yg dimakannya semalam; I refuse to ~ anything to do with the project, saya tdk mahu bersangkut paut apa pun dgn projek itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas