Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pau.tan] | ڤاءوتن

Definisi : 1. hasil memaut (memegang dll), pegangan: mereka pun bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan mereka terurai; 2. tempat berpaut (berpegang dll), sesuatu yg dipaut: ia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat tambatannya; 3. hubungannya dgn, kaitannya dgn; 4. tempat menambatkan lembu dll, tempat mengikat ayam; 5. ki tempat asal; ayam pulang ke ~ prb sudah pd tempatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pau.tan] | ڤاءوتن

Definisi : 1 tempat berpaut; pegangan: Amin terjatuh ke tanah setelah ~nya terlepas. 2 tempat memautkan (sesuatu): Kayu ~ lembu itu telah tercabut. 3 ist sambungan dlm sistem komunikasi. 4 ist alat yg menyambungkan atau merangkaikan dua unsur. 5 ist saluran data komunikasi dlm rangkaian komputer. 6 ist sambungan antara dua fail dlm rangkaian komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paut
Kata Terbitan : berpaut, berpautan, berpaut-pautan, memaut, memautkan, terpaut, pautan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mechanism framekerangka mekanismeMekanikGunaanPautan yang tetap dalam sesuatu mekanisme. Pautan yang tetap itu boleh diubah-ubah, iaitu mana-mana satu pautan rangkaian kinematik boleh diambil kira sebagai pautan kerangka. mengubah pautan kerangka akan mengubah gerakan mutlak pautan dalam mekanisme berkenaan.
link rotpautan reputTeknologi MaklumatTiadaMerujuk kepada pautan dan tanda buku hiperteks yang menuding ke laman web yang sudah dipindahkan atau sudah tiada. Lebih banyak web yang matang, lebih banyaklah pautan reput. Sinonim pautan putus Lihat juga ralat 404, ketekal
broken linkpautan putusTeknologi MaklumatTiadaPautan yang tidak berfungsi lagi. Apabila pautan tersebut diklik, mesej ralat dipaparkan, menandakan pautan ini sudah tidak wujud lagi. Ini mungkin disebabkan masalah pelayan yang tidak wujud lagi, atau ditutup sementara atau fail telah dihapuskan atau dipindahkan kepada pelayan lain.
nodenodTeknologi MaklumatPerisian1. Unit abstrak asas dalam struktur data pautan seperti pepohon, senarai pautan dan perwakilan graf. Setiap nod mengandungi nilai dan mungkin dipautkan kepada nod-nod lain. Pautan antara nod dilaksanakan melalui rujukan dan penuding. 2. Titik yang mewakili sesuatu objek perkomputeran untuk menggambarkan hubungan dalam rangkaian. Nod-nod dalam rangkaian boleh terdiri daripada komputer, penghala dan suis. Contohnya, penghala boleh dianggap sebagai nod dalam rangkaian.
equivalent linkagepautan setaraMekanikGunaanPautan empat batang yang boleh menggantikan mekanisme sentuhan langsung untuk tujuan analisis pecutan. Lihat juga pautan empat batang, mekanisme sentuhan langsung.
link consistencyketekalan pautanTeknologi MaklumatTiadaKepastian bahawa pautan ke laman web dituding ke dokumen yang sah. Lihat juga penyemak pautan
four-bar linkagepautan empat batangMekanikGunaanPautan yang terbentuk daripada tiga paut yang dapat bergerak dan satu paut kerangka [Rajah P1]. Tiga paut yang bergerak itu ialah ‘pemacu’, ‘pengikut’ dan ‘penghubung’ (yang menghubungkan pemacu dengan pengikut). Dalam sintesis pautan, mekanisme ini sering diberikan perhatian khusus kerana digunakan dengan meluas. Banyak mekanisme yang dapat digantikan oleh pautan empat batang, atau gabungannya, untuk tujuan analisis.
link checkerpenyemak pautanTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang menentukan pautan ke laman web dituding ke dokumen yang sah. Perisian ini akan menjana laporan yang menunjukkan hiperpautan luaran dan dalaman yang tidak lagi berfungsi. Lihat juga pautan reput, ralat 404, hiper-G
link checkerpenyemak pautanTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang menentukan pautan ke laman web dituding ke dokumen yang sah. Perisian ini akan menjana laporan yang menunjukkan hiperpautan luaran dan dalaman yang tidak lagi berfungsi. Lihat juga pautan reput, ralat 404, hiper-G
kinematic chainpautan kinematikKejuruteraanKejuruteraan MekanikMekanisme yang terdiri daripada rangkaian tertutup bagi rantaian berpasangan apabila pergerakan sebarang rantaian bergantung pada pautan yang terdapat dalam rangkaian tersebut. Contoh penggunaan pautan kinematik terdapat dalam mekanisme pergerakan sambungan beralur dan sambungan pasangan berskru dalam sistem mesin larik.
12345678910...

Kembali ke atas