Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.yah] | ڤايه

Definisi : 1. tidak mudah, tidak senang, sukar, susah: bukannya ~ benar membuat kerja itu; ~ basa Kl susah hendak memperkatakan (me­rundingkan, membincangkan) sesuatu; 2. berat atau teruk (penyakit): bapaku mendapat sakit ~ di Sungai Baharu; 3. (berasa) letih, lelah, lesu, penat: rupanya ia kepanasan dan ~ setelah mendayung basikalnya dgn cepat selama setengah jam; tak ~ tidak perlu, tidak usah: baginda jua mempunyai kuasa utk bertindak sendiri dgn tidak ~ mendengar nasihat sesiapa; berjerih ~ = bersusah ~ = berpayah-payah; berpayah-payah mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn berlelah-lelah atau memerah keringat, berpenat lelah: janganlah saudara ~ kerana saya; memayahkan menyebabkan payah, men­jadikan payah, menyusahkan, melelahkan: sekali itu dia berasa payah kembali dr rapat, padahal apalah yg akan ~ dlm rapat itu; memayah-mayahkan; ~ diri bekerja keras­-keras (dgn bersusah-payah), bekerja berat, berpayah-payah; memperpayah menjadikan lebih payah: bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah; kepayahan 1. perihal payah, kesukaran, ke­susahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. men­derita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.yah] | ڤايه

Definisi : 1 tidak mudah dilakukan dll; susah: ~ hendak menyelesaikan masalah ini. 2 teruk atau berat (bkn penyakit): sakit ~. 3 berasa penat atau letih: Kalau sudah ~, bolehlah berhenti sebentar. berpayah-payah mengerjakan sesuatu dgn bersusah-susah; berpenat lelah: Tak usahlah mak cik ~ kerana saya. memayahkan menjadikan payah; menyusahkan. kepayahan hal atau keadaan payah; kesukaran; kesusahan: ~ penduduk kampung tsb berhubung dgn kawasan bandar telah mendapat perhatian drpd pihak kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
payah (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, sulit, berat, teruk, leceh, rumit, perih, kompleks, ruwet, masyakat, kelekik, rumpil;,
Kata Terbitan : berpayah-payah, memayahkan, memperpayah, kepayahan,

Puisi
 

Apa abang jahit baju,
     Jahit kain banyak lagi;
Tak payah abang kata begitu,
     Kata lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Tak payah basuh kaki tangan.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik basuh kaki saja).

 

Lihat selanjutnya...(49)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
trouble2. bother, susah(-susah), payah(-payah): there’s no need to ~ about it. I can do it, tdk perlu susah-susah ttg perkara itu. Saya boleh membuatnya; don’t ~ about writing to him. I’ll get him on the telephone, jangan susah-susah menulis surat kepadanya. Saya akan menghubunginya melalui telefon;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
painsn; be a fool for o’s ~, bersusah payah tanpa mendapat ganjaran; be at ~ to do st, bersusah payah utk + approp v: the teacher was at ~ to explain the matter clearly, guru itu bersusah payah utk menerangkan perkara itu supaya jelas; for o’s ~, krn susah payah sso: she got nothing for her ~s, dia tdk mendapat apa-apa pun krn susah payahnya; /go to, take/ great ~, bersusah payah:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
painsshe took great ~ over the party, dia bersusah payah utk majlis keramaian itu; they went to great ~ to see that everything went well, dia bersusah payah utk memastikan bahawa segala-galanya berjalan dgn baik; spare no~, bersusah payah: he spared no ~ to make it an enjoyable day, dia bersusah payah utk menjadikan hari itu menyeronokkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
struggle3. progress, proceed with difficulty, dgn susah payah (approp v): the old man ~d to his feet, orang tua itu dgn susah payah cuba berdiri; the little boat ~d upstream against the strong current, perahu kecil itu dgn susah payah mudik ke hulu sungai menyongsong arus yg kuat; she ~d to unload a heavy box of groceries from the car, dia dgn susah payah menurunkan kotak-kotak barang runcit yg berat itu dr kereta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unputdownableadj (colloq) payah diletakkan (sebelum habis dibaca): his latest novel is absolutely ~, novel terbarunya memang payah diletakkan sebelum habis dibaca.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wade~ through, dgn susah payah + approp v: he ~d through the long report before making a decision, dia dgn susah payah meneliti laporan yg panjang itu sebelum membuat keputusan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
struggle ~ out, keluar dgn susah payah: the ants ~d out of the smoke-filled hole, semut itu dgn susah payah keluar dr lubang yg penuh dgn asap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trudgevi /menapak, membetis/ dgn susah payah: the soldiers ~d back to camp, askar-askar itu menapak dgn susah payah pulang ke kem.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
put~ os out, bersusah-susah, bersusah payah: he ~ himself out to be of help to his friends, dia bersusah payah utk menolong kawan-kawannya; ~ so. out, a. expel so., /menyingkirkan, mengeluarkan/ sso: the voters ~ him out at the next election, pengundi-pengundi menyingkirkannya dlm pilihan raya yg berikutnya; he was ~ out of the class for misbehaving, dia dikeluarkan dr kelasnya krn biadab; b. upset so’s composure, (act.), /menjengkelkan, mengesalkan/ sso; (pass.) sso /jengkel, kesal/: my refusal did not seem to ~ him out at all,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rough~it, (colloq) hidup bersusah payah: they will have to ~it at camp, mereka kena hidup susah payah semasa di kem itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas