Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
payah (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, sulit, berat, teruk, leceh, rumit, perih, kompleks, ruwet, masyakat, kelekik, rumpil;,
Kata Terbitan : berpayah-payah, memayahkan, memperpayah, kepayahan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mudarat1. sesuatu yg merugikan atau mem­bahayakan, kerugian, bahaya: selain Allah, tiadalah kuasa yg mendatangkan manfaat atau ~ kpd diri manusia; memberi ~ me­rugikan; 2. tidak berhasil (berjaya), gagal; 3. berbahaya, merugikan: huraikan satu kaedah utk membunuh kuman yg ~ yg ada di dlm susu; 4. melarat (penyakit dll), bertambah payah: maka ~lah penyakit itu; bermudarat membawa atau mendatangkan mudarat, ada mudaratnya: ular dianggap sbg binatang yg ~ kpd manusia; memudaratkan 1. mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan: tiada sesiapa pun yg mahu ~ dirinya sendiri; 2. mendatang­kan bahaya (bencana), membahayakan: kita telah membuat garam biasa yg tidak ~; kemudaratan perihal atau keadaan mudarat, kerugian: dia tidak suka menurut telatah kawan-kawan yg boleh membawa ~ bagi diri-nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
cakap Ibicara, kata, kecek, tutur; ~ angin cakap yg tidak ada isi atau tidak betul (omong kosong); ~ mulut bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari (tidak dlm tulisan); ~ berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yg dilakukan; dengar ~ enggang, makan buah beluluk, dengar ~ orang, terjun masuk lubuk prb sesuatu pekerjaan itu kalau tidak difikirkan sendiri dgn betul-betul dan hanya mendengar cakap orang adalah mudarat akibatnya; mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih ~ di mata-mata sahaja prb memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kpd orang yg tiada tentu; bercakap 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; bercakap-cakap 1. berbual-bual, beromong­omong; 2. bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu: terpulanglah kpd sarjana-sarjana di Malaysia sendiri utk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja; mencakapi ark mengajak berkata (dgn), menegur, menyapa; mencakapkan, mempercakapkan 1. mem­bicarakan, memperkatakan: O, itukah yg hendak dicakapkan tadi!; apa yg dipercakapkan oleh orang dua beranak ini? 2. menceritakan, memberitahukan, mengkha­barkan: kalau Idah cakapkan pd Kak Inah boleh, tapi takkan Kak Inah boleh buat apa-apa; 3. mengucapkan, menyebutkan, meng­gunakan bahasa: bahasa Melayu dicakapkan di Malaysia dan di Indonesia oleh lebih drpd 100 juta manusia; percakapan, cakapan 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perunding­an: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas