Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.yau] | ڤاياو

Definisi : 1. agak masin (rasa air): ia terminum air itu sedikit ketika berkumur-kumur, rasanya ~ dan berbau lumpur; 2. tidak enak rasanya: tekakku ~, semacam nak demam rasanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.yau] | ڤاياو

Definisi : Br rusa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.yau] | ڤاياو

Definisi : rasa air yg agak masin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata payau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) BhdTuan/puan perlu berikan soalan yang lebih lengkap, mungkin disertakan dengan gambar atau sebagainya. Istilah ikan air payau memang wujud, contoh ikan siakap dan kerapu.Lain-lain08.07.2014
Terima kasih atas jawapan yang diberi. Soalan di bawah disertakan dengan gambar yang dilampirkan di Lampiran Fail. Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) BhdYa benar, jawapannya ialah air payau. Menurut istilah kimia dan istilah geologi, air payau merujuk air yang mempunyai nilai kemasinan yang berjulat dari kira-kira 0.50 hingga 17.00 bahagian per ribu, dan air yang mengandung garam kurang daripada air laut, tetapi tidak boleh diminum.Makna09.07.2014
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA?

Saudara Mohd. Iqbal,

Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu

   i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah

  ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu

 iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal

 iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis

 v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau

 vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat

 vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan

viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah

 ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

  

 

Tatabahasa10.01.2010
Soalan 1: Yang manakah betul? "Dengan 3 langkah mudah" "Dalam 3 langkah mudah" Dengan atau Dalam, manakah yang lebih tepat? Soalan 2: Untuk aturan adjektif dalam BM, adakah terdapat susunan yang perlu diikut? contohnya adjektif berkaitan rupa, saiz, warna, pendapat, dan seterusnya? tolong berikan penerangan ringkas.1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "dengan" ialah "kata yg digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan" manakala "dalam" pula bermaksud yg "berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu". Maka ayat yang lebih sesuai ialah "dengan tiga langkah mudah"


2. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:


i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah


ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu


iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal


iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis


v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau


vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir, rapat


vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan


viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah


ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin, kelat


Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225.

Tatabahasa19.03.2024

Kembali ke atas