Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.cah] | ڤچه

Definisi : 1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah­-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai­-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya; ~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ke­tawa; ~ rumah memasuki rumah utk me­rompak; ~ tembelang terbuka rahsia; ~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diper­baiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll; pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); berpecah terbahagi (bercerai) menjadi bebe­rapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing­-masing dgn haluannya sendiri), berpecah be­lah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~; memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, ting­kap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb); memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau seba­hagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai­-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai; pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); kepecahan perihal pecah; perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.cah] | ڤچه

Definisi : ; ~ payung = ~ piring paya sj tumbuhan (pokok), segading jantan, sampu tikus, terubul, Ixora crassifolia; ~ periuk a) sj tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum merah, kayu tentulang, penujuh, pial ayam hutan, siantan hutan, Ixora chinensis; b) sj tumbuhan (pokok re­nek), bunga selang, penabas, Ixora lobbii; ~ periuk jantan sj tumbuhan (pokok renek), bunga merah hutan, jambul siul, jarum-jarum, mata pialing, medang asam, seratung padi, Ixora pendula; ~ pianggang sj tumbuhan (pokok renek), kecubung rimba, selumbar, Rancia macrophylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.cah] | ڤچه

Definisi : ; ~ periuk a) sj ikan laut, Lobotes surinamensis; b) sj ikan laut, Scolopsis vosmeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.cah] | ڤچه

Definisi : 1 menjadi berbelah atau kecil-kecil: Pinggannya jatuh ke lantai lalu ~. 2 menjadi retak atau merekah kulitnya: Bibirnya ~-~. 3 terbelah kulitnya dan terkeluar isinya: Telur itu jangan dipegang kuat-kuat, nanti ~. 4 tidak bersatu lagi; terbahagi kpd beberapa golongan atau kelompok: Sampai di suatu simpang, pasukan askar itu ~ dua. 5 bermula (perang, darurat dll): Sebelum ~ perang Pasifik, Malaya diiktiraf sbg negeri Melayu. berpecah mengikut haluan masing-masing; berpisah: Di persimpangan itu, mereka ~ ke arah masing-masing. berpecah-pecah bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). memecah menjadi pecah-pecah: Ombak ~ di pantai. memecahkan 1 menjadikan pecah; merosakkan dll hingga pecah: Siapa yg ~ piring itu? 2 menjadikan berpisah-pisah atau bercerai-cerai: Mereka telah ~ harta itu kpd tiga bahagian. 3 membuat keputusan atau kepastian ttg sesuatu masalah; menyelesaikan: Bagaimana caranya hendak ~ soal pemogokan ini? pecahan 1 benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. 2 angka yg bukan angka bulat, spt , , . ~ wajar pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya, spt , . perpecahan perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. pemecahan perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). pemecah 1 orang yg memecahkan sesuatu: ~ amanah; ~ rahsia. 2 alat atau bahan yg digunakan utk memecahkan sesuatu: ~ batu; ~ lemak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.cah] | ڤچه

Definisi : ; ~ periuk nama sj pokok renek atau bunganya, Ixora spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah

Puisi
 

Pokok nangka pohon cempedak,
     Pecah-pecah bunga senduduk;
Kecil jangan disangka budak,
     Gajah tersungkur oleh pelanduk.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Seperti telur dua sebandung,
     pecah satu pecah keduanya.

Bermaksud :

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
core preservationpengawetan terasKejuruteraanPetroleumUsaha menjaga atau memelihara keadaan teras supaya tidak mengalami kerosakan fizikal seperti menjadi pecah-pecah, menyerpih atau menjadi peroi setelah teras itu dikeluarkan dari cerompong teras. Kaedah pengawetan yang biasa dijalankan termasuklah menyalutkan teras itu dengan bahan plastik yang dileburkan. Apabila bahan plastik itu membeku kembali, ia akan menyalut teras dengan kuat. Cara lain mengawet teras ialah dengan menyimpan teras itu di dalam bejana yang kedap angin atau di dalam kotak aluminium yang dipaterikan.
pithinessmempulurBiologiPatologiRacun ubi jalar, akibat disimpan terlalu lama di dalam suhu tinggi yang melebihi 16oC. Pada bahagian tengah ubi jalar tersebut, nampak kawasan yang pecah-pecah, berongga, berserat dan kering. Kawasan berongga ini boleh bersambung antara satu dengan yang lain hingga membentuk rongga yang besar.
Fiji diseasepenyakit FijiBiologiPatologiPenyakit tebu yang mula-mula diketahui di Fiji yang disebabkan oleh virus. Pada pokok yang terserang, daunnya pendek, kaku, tegak, dan berwarna hijau tua. Ruasnya pecah-pecah dan terdapat banyak akar pada ruas tersebut.
kelarai pecah lapankelarai pecah lapanKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk kelopak pecah lapan.
pecah lapanpecah lapanKesenianTiadaMotif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk lapan pecahan kelopak. bunga kundur
pecah enampecah enamKesenianTiadaMotif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk enam pecahan kelopak.
pecah empatpecah empatKesenianTiada1. Motif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk empat pecahan kelopak.
bunga pecah enambunga pecah enamKesenianTiadaMotif tekat dan tembikar berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga lawang. bunga lawang.
bunga pecah lapanbunga pecah lapanKesenianTiadaMotif tenunan dan tembikar berunsur kosmos berbentuk hampir sama dengan bunga bintang beralih tetapi di bahagian tengah bermotifkan tanda campur.
bunga pecah empatbunga pecah empatKesenianTiadaMotif tekat, tembikar dan tenunan berunsur tumbuhan yang berbentuk bunga cengkih atau tampuk manggis yang berkelopak empat. bunga cengkih.
12345678910...

Kembali ke atas