Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memecah1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, tingkap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
pecah I1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah­-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai­-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya; ~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ke­tawa; ~ rumah memasuki rumah utk me­rompak; ~ tembelang terbuka rahsia; ~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diper­baiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll; pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); berpecah terbahagi (bercerai) menjadi bebe­rapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing­-masing dgn haluannya sendiri), berpecah be­lah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~; memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, ting­kap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb); memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau seba­hagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai­-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai; pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); kepecahan perihal pecah; perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kira1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka: pd ~nya tidak ada yg berani menentang pegawai itu; 2. fikir, rasa, anggap: saya ~ malam nanti baru ia tiba di sini; 3. taksiran, hitung; ~ kasar hitung kasar; juru~ orang yg me­nyiapkan (menyediakan) buku kira-kira perniagaan dll; masuk ~ masuk hitung, dihitung; mesin ~ alat (mesin) utk menghitung (spt mencampur, menolak, dll); 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran: menurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar dikahwinkan; belakang ~ bp nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (per­hitungan); 5. peduli, mengendahkan, meng­hiraukan: saya tak ~, apa juga pekerjaan, boleh saya kerjakan; saya tidak ~ kawan, tidak peduli saudara siapa; sekira, sekiranya kiranya, kalau: mereka asyik mengatur cara-cara mengawal keamanan sekiranya berlaku kecemasan; kira-kira 1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, ran­cangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira ke­wangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira­-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir­-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agak­nya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikir­annya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai mem­besarkan angka dgn menjumlah (mencampur­kan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecah­an (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka; sekira-kira 1. kira-kira, lebih kurang: ~ sebahara emas harganya; 2. sekadar(nya): perkhidmatan kereta api di sana mendatangkan hasil hanyalah ~ dapat memulangkan modal dan menanggung perbelanjaannya; kiranya 1. pd anggapannya (sangkanya): ~ orang tidak tahu kecurangan yg dilakukannya; 2. hendaknya, semoga, mudah-mu­dahan: barang dilanjutkan Allah Taala ~ umur Duli Yang di-Pertuan; 3. = jika (kalau) ~ = sekiranya kalau, kalau-kalau, seandai­nya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? 4. barangkali, agaknya, rasanya, rupanya: dilambaikannya tangannya, dgn segera aku pegang, ~ tangan itu sangat panas; Oh, karya As ~! 5. alih-­alih, rupa-rupanya: kujangka sudah banyak yg ada di sana, ~ aku yg pertama tiba; berkira = berkira bicara; berkira-kira 1. berura-ura, berhitung-hitung, berfikir-fikir, menimbang-nimbang: maka Raja Chulan pun ~ hendak menyerang negeri China; aku mengeluarkan perkataan-perkataan itu dgn tidak ~ lagi; 2. bercadang-­cadang (berniat, bersedia-sedia) hendak ber­buat sesuatu, beragak-agak: lama sudah ia ~ hendak melancong ke negeri-negeri Eropah; mengira 1. menghitung (wang dll), men­congak: bibirnya kumat-kamit ~ wang yg baru diterimanya; ~ luas bulatan dgn menggunakan formula; 2. memikirkan, mem­perhitungkan, mempertimbangkan: hatinya cuba ~ sendiri tentang kebaikan dan keburukan anjuran sahabatnya itu; dlm perbincangan itu dibangkitkannya masalah-masalah yg dikiranya perlu diatasi; soalan itu dikemukakannya dgn tidak ~ kesibukan orang; 3. menjangka, menduga, menyangka: pertemuan itu tidak semeriah yg dikira; tepat dgn apa yg dikira, pesawat-pesawat Jerman menghujani konvoi dgn peluru dan bom; 4. menganggap, berpendapat, menyifatkan: barangkali ada antara pembaca yg ~ syair tersebut sbg syair bebas; kehidupannya bolehlah dikira senang juga; setiap rencana yg telah saya tulis saya kira tidak bermutu; 5. mengambil berat, menghiraukan (mengen­dahkan, mempedulikan): ia hanya suka merapik, orang gila tak boleh dikira; mengira-ngira 1. menghitung-hitung, men­congak-congak: pelayan itu tersenyum sambil ~ harga minuman; 2. memikir-mikir, me­nimbang-nimbang, mentaksir-taksir: Basir ~ hotel mana yg mampu ditumpanginya; mengirakan, mengira-ngirakan meng­hitung dgn kira-kira (ilmu hisab), menaksir, menilai, mengagak-agakkan: ia khuatir sebab lamanya ayahnya dlm perjalanan sudah melebihi waktu yg dikira-kirakan; terkira terhitung, terduga: ~ dua kali; tidak ~(-kira) a) tidak terhitung, sangat banyak; b) = tidak terkirakan tidak terkatakan (ter­gambarkan), terlalu sangat, tidak terduga (tersangka); kiraan = kira-kiraan hasil mengira, hitung­an, perhitungan: segala ukuran dibuat mengikut ~ inci; barang-barang yg tersimpan di dalamnya menurut ~ saya lebih banyak drpd yg terdapat di Muzium Negara; ~ kasar hitungan kasar (tidak terperinci); perkiraan 1. kiraan, perhitungan: angka yg diberikan itu berdasarkan ~ pukul rata; pinjaman itu dikenakan bayaran faedah dgn ~ 4%; 2. pertimbangan, taksiran: perkara-perkara yg penting diserahkan kpd ~ ibu bapa mereka; menurut ~ umum, peperangan itu tidak akan tamat dlm jangka waktu yg singkat; pengiraan perihal atau perbuatan mengira (menghisab, menghitung), penaksiran; pengira orang yg mengira, penghitung.Kamus Dewan Edisi Keempat
terbenam1 telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2 tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terbenam1. telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2. tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir.Kamus Pelajar
injap1. pintu pd bubu yg berbentuk corong utk ikan masuk (tetapi menahannya drpd keluar), unjap, pelidah: ikan besar tidak ada seekor pun, adakah kerana ~ lukah itu terlalu kecil?; masuk ~ tertipu (tertangkap dll); 2. benda yg mencegah cecair atau angin mengalir kembali (dlm paip, jantung, dll): salur darah mempunyai ~ bagi mencegah darah mengalir balik dr arahnya; ~ ini menyekat apabila minyak sudah penuh dlm luang pelampung; 3. (Bio) segmen yg terjadi setelah pecahnya kelompang, sebelah drpd cepu debunga setelah pecah: sebelum pucuk berdaun keluar, langgai-langgai ini pecah terbuka oleh lima buah ~ lalu melepasbebaskan kekabu keluar.Kamus Dewan Edisi Keempat
patah I1. putus (bkn barang yg keras dan panjang), tidak bertaut atau bercantum kuat­kuat lagi: penselnya sudah ~; 2. ki tidak dapat diteruskan (dilanjutkan) lagi; pelajaran saya ~ di tengah jalan tidak tamat, terhenti; 3. penjodoh bilangan utk kata (perkataan): beberapa ~ kata; se~ dua kata satu atau dua patah kata, sedikit perkataan; ~ arang putus langsung, tidak boleh berbaik kembali (perselisihan); ~ balik berbalik, ber­tukar arah hingga berlawanan dgn yg semula; ~ batu (hatinya) tidak mahu berusaha lagi; ~ celana Id lipatan pd seluar; ~ hati a) tawar hati, hilang keberanian (kemahuan); b) = ~ lesu putus harapan, kecewa (dlm percintaan dll); ~ jetam Kl penyakit pecah-pecah kulit pd kaki; ~ kaki tidak dapat berbuat apa-apa (kerana tidak ada penolong yg boleh diharap); ~ lagu gentar atau putus-putus suara (apabila menyanyi); ~ lidah tidak dapat berkata (dgn lancar), tidak dapat menjawab; ~ mayang ikal atau mengombak (rambut); ~ nafsu (selera) hilang nafsu (selera) makan; ~ perang kalah perang; ~ pucuk tidak habis atau selesai (pekerjaan dll); ~ riuk patah yg teruk (tulang); ~ said renyuk, tidak licin (baju, seluar); ~ semangat hilang keberanian atau kemahuan (utk berusaha dll), tawar hati; ~ siku a) sudut siku-siku; b) tidak dapat menolak (membantah dll) lagi, menurut sahaja (kerana kasihan, terhutang budi, dll); ~ tulang a) patah tulang­nya; b) tidak dapat menolak lagi (permintaan dll); ~ dahan tempat bernaung, ~ lantai tempat berpijak prb tidak ada lagi (habis langsung) tempat meminta pertolongan dll; ~ kepala bertongkat paruh, ~ paruh bertelekan = ~ tongkat berjeremang prb tidak putus harapan, terus berikhtiar (bekerja); ~ lidah alamat kalah, ~ keris alamat mati prb tidak pandai membela sesuatu perkara tanda kalahlah; ~ tumbuh hilang berganti prb seseorang ketua dll yg mati (pergi) yg lain ada gantinya; siapa melalah siapa ~ prb siapa yg berhajat sangat, dialah yg datang meminta (peminangan); sudah ~ yg bertaji prb Mn kalau kematian bapa (mamak) yg berharta (disegani) susahlah kaum keluarganya yg tinggal; tiada ~ yg tak tempang prb tiap-tiap kecelakaan (perselisihan) tetap meninggalkan bekas (perasaan) yg tidak baik; sepatah satu patah; ~ kata a) suku kata (perkataan); b) kata pendahuluan (peng­antar); berpatah bertukar haluan (arah): dia ~ mahu pergi; ~ balik berbalik, bertukar arah yg ber­tentangan dgn yg semula; ~ arang berputus langsung hubungan (kerana perselisihan dsb); ~ hati berasa patah hati (kecewa dll); mematah 1. menukar haluan (arah): kemudian ia ~ masuk ke sebuah lorong; ~ balik menukar haluan ke arah tempat datangnya; ~ selekoh menukar arah mengikuti selekoh; 2. Pi tidak dapat berjalan, lemah: kenapa pula itik itu ~ sangat; mematah-matah; ~ jari melipat-lipat atau menarik-narik jari hingga berbunyi; mematahkan 1. menjadikan (menyebab­kan) patah: ~ batang besi; 2. ki menjadikan (menyebabkan) tidak berlanjutan dll, menggagalkan (mengecewakan, mengalahkan, dll): ~ cita-cita; ~ serangan lawan; ~ haluan mengalih (menukar) haluan; mematah-matahkan mematahkan sesuatu beberapa kali atau banyak kali: mereka ~ ranting kayu utk dibuat kayu api; patah-mematahkan ki saling mengalah­kan; terpatah telah (sudah) patah: tujuh bilah lantai ~, tujuh mengkawan atap ~; patahan sesuatu yg patah; pematahan perbuatan mematahkan; pematah 1. pepatah, bidalan; 2. sesuatu yg dipakai utk mematahkan; (doa, mantera) ~ lidah mantera utk membuat orang tidak boleh berkata-kata.Kamus Dewan Edisi Keempat
benam; berbenam 1 berada dlm air dll; berendam: Kerbau ~ di dlm kubang. 2 ki berkurung (dlm rumah dll): Pd hari minggu, dia hanya ~ di rumah. membenam masuk ke dlm sesuatu sehingga tenggelam atau terhenti: Ketika itu, matahari mula ~ di ufuk barat. membenamkan 1 memasukkan sesuatu ke dlm air (lumpur dsb); menenggelamkan: Dia telah ~ barang-barang curian itu ke dlm sungai. 2 menyebabkan menjadi tenggelam; mengampuh: Air dr empangan yg pecah itu telah ~ beberapa buah rumah. terbenam 1 telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2 tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
desak I; berdesak bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit): orang ~ ketika hendak masuk stadium utk menonton bola sepak; berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dll): seorang perempuan muda pengsan terbaring ke­rana ~; mendesak 1. menolak (menyorong, men­dorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya mem­banyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, per­kara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penya­maan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentu­lah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. men­dorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; mendesakkan meminta dgn paksa, menun­tut dgn sungguh-sungguh: orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja; terdesak 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; desakan 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; keterdesakan keadaan (perihal) terdesak: ~ boleh membawa kesan dlm proses mem­buat keputusan; pendesakan perihal atau perbuatan men­desak atau mendesakkan; pendesak orang yg mendesak (meminta se­suatu dgn sungguh-sungguh): golongan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
jong Ikapal layar Cina; ~ pebujangan sl sj jong diraja; ~ pe­nang­gahan sl jong tempat memasak; ~ pecah yu kenyang prb dlm keadaan kacau (huru-hara) tentu ada orang yg mendapat ke­untungan; dr ~ turun ke sampan prb (orang yg) turun pangkatnya (kedudukannya); se­puluh ~ masuk, anjing bercawat ekor juga prb orang yg tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas