Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : memasuki rumah utk meĀ­rompak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Rumah kecil tiangnya empat,
     Bangkit pagi merebus ketupat;
Pecah tempurung katak melompat,
     Barulah tahu timur dan barat.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Definisi Pecah Rumah dan Definisi Rompak elh kamus DBP

Merujuk Kamus Dewan ialah menyamun. Pecah rumah pula ialah memasuki rumah utk merompak.

Makna02.12.2008
mcm mana maksud ayat ini..di sudut luar rumah terdapat bebberapa buah pasu bunga yang tidak bersusun dan terbiar di bawah pangkal pokok.sebuah daripada pasu itu tergolek dan pecah.tanah dan pokok bunga terkeluar daripada pasu tersebut.kelihatan juga sebahagian roda basikal terletak berhampiran

Dalam bentuk biasa ayat ini menceritakan keadaan pasu bunga yang tidak tersusun dan terbiar yang terletak di bahagian luar rumah. Walau bagaimanapun dalam bentuk kreatif ayat ini mungkin mengandungi makna yang tersirat disebaliknya. Hal ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam lagi.

Lain-lain19.11.2008
Adakah "apakah" dalam ayat-ayat yang berikut digunakan dengan tepat? Atau "adakah" lebih sesuai digunakan dalam ayat-ayat tersebut? Bagaimanakah membezakan penggunaan "adakah" dan "apakah"? 1) Apakah awak tak dapati, topeng ini pecah ketika ditendang tadi? 2) Apakah awak bermurah hati terhadap penyelamat lain juga? 3) Apakah saya nampak hantu tadi? 4) Apakah awak nak balik ke rumah? 5) Apakah sebab ini cukup munasabah? 6) Apakah pengurus besar akan susah hati jika nampaknya? 7) Apakah awak dah lupa apa itu kesopanan? 8) Apakah kita tersilap bidang? 9) Apakah kita perlu hasilkan karya besar? 10) Apakah saya tercicirnya di rumah? Terima kasih.Salam sejahtera,

Perkataan adakah biasanya digunakan untuk mengeraskan pertanyaan, ada atau tiada. Contohnya, soalnya, adakah terdapat novel karangannya? Perkataan apakah pula digunakan untuk mengetahui sesuatu dengan lebih lanjut dan jelas. Contohnya, Apakah pengajaran yang anda dapat daripada peristiwa yang tergambar dalam syair itu? Merujuk kepada persoalan tuan, perkataan adakah lebih sesuai untuk soalan nombor 1 hingga 10 berdasarkan kefahaman untuk mengeraskan pertanyaan, ada atau tiada. Kesimpulannya, penggunaan perkataan adakah dan apakah dalam ayat-ayat bergantung kepada konteks ayat dan maksud soalan.


Terima kasih.
Lain-lain19.01.2018
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut:  "baik hati" =  suka menolong, mudah simpati dan pengasih,  "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang,   "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia,  "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran"  = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta.  "Kecekalan" =  ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati.  "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).  "Persaudaraan"  = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.  "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi.Istilah07.11.2010

Kembali ke atas