Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ca.han] | ڤچهن

Definisi : 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ca.han] | ڤچهن

Definisi : 1 benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. 2 angka yg bukan angka bulat, spt , , . ~ wajar pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya, spt , . (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pecah1 (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berbelah-belah: hancur, remuk, rapuh, ripuk, patah, kopak,

2. Bersinonim dengan merekah: retak, sompek, repih, terbelah, sumbing, robek, sobek, lulu cabik, rabak, koyak,

3. Bersinonim dengan meletup: meletus, meledak, meledos, pancit,

4. Bersinonim dengan tersebar: terbongkar, tercetus, tersiar, merebak, bocor,
Berantonim dengan tersimpan

5. Bersinonim dengan bermula: meletus, mencetus, terbit,

6. Bersinonim dengan serak: serau, garuk, pecah suara, sumbang, janggal, sember,

7. Bersinonim dengan berpisah: cerai-berai
Berantonim dengan bersatu

Kata Terbitan : berpecah, memecahkan, terpecah-pecah, pecahan, perpecahan, pemecahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
partial fractionpecahan separaMatematikTiadaPecahan (fungsi nisbah) yang terhasil apabila sesuatu fungsi nisbah dapat dihuraikan sebagai hasil tambah sebilangan pecahan-pecahan yang lebih mudah.
sedimentsedimenKejuruteraanPetroleumSerpihan-serpihan atau pecahan-pecahan batuan dan bahan-bahan pejal berupa mendakan yang masih lagi dalam keadaan perui, iaitu yang belum lagi berkonsolidasi. Serpihan-serpihan itu terbentuk hasil daripada proses luluhawa dan hakisan ke atas batuan induk. Bahan mendak pula ialah pepejal yang secara kimia dapat terkeluar daripada zat larutan dalam medium yang berair. Tercakup juga dalam pengertian ini ialah serpihan-serpihan batuan yang terlontar ke angkasa oleh kegiatan gunung berapi. Jika ada arus (sama ada air mengalir atau angin) bahan-bahan ini dapat diangkut dari satu tempat ke tempat lain. apabila telah terlonggok di satu-satu tempat pemendapan, bahan-bahan ini berkonsolidasi serta mengeras menjadi batuan sedimen.
achromaticakromatikKomunikasiTiadaHasil biasan cahaya yang menghalang pembentukan pecahan-pecahan warna. Hasil biasan ini bebas daripada warna.
cell fractionationpemeringkatan selBiologiGenetikPemisahan komponen sel setelah penghomogenatan dan pengemparan. Dalam proses ini empat pecahan sel akan diperoleh iaitu pecahan nukleus, pecahan mitokondria, pecahan mikrosom dan pecahan sitosol.
clastic rockbatuan kelasKimiaTiadaKumpulan batuan sedimen yang butiran-butirannya terbina daripada pecahan-pecahan atau serpihan-serpihan batuan. Serpihan-serpihan ini secara am disebut klas. Serpihan ini biasanya didatangkan dari tempat lain, di luar lembangan pemendapan. Antara jenis batuan yang termasuk dalam kumpulan ini ialah batu pasir, batu lodak, batu lumpur, syal, konglomerat dan setengah-setengah jenis batukapur.
clastic rockbatuan kelasKejuruteraanPetroleumKumpulan batuan sedimen yang butiran-butirannya terbina daripada pecahan-pecahan atau serpihan-serpihan batuan. Serpihan-serpihan ini secara am disebut klas. Serpihan ini biasanya didatangkan dari tempat lain, di luar lembangan pemendapan. Antara jenis batuan yang termasuk dalam kumpulan ini ialah batu pasir, batu lodak, batu lumpur, syal, konglomerat dan setengah-setengah jenis batukapur.
reduced equation of statepersamaan keadaan terturunKejuruteraanTiadaPersamaan keadaan apabila pemboleh ubah p, v dan T masing-masing diungkapkan sebagai pecahan bagi tekanan genting, isi padu genting dan suhu genting, dengan pecahan-pecahan yang berkenaan dinamai tekanan terturun, isi padu terturun dan suhu terturun.
rubblepecahan batu; pecahan ais; rubelGeografiTiadaTiada
rubblepecahan batu; pecahan aisGeografiTiadaTiada
cumulative weight fractionpecahan berat tokokan/pecahan berat longgokanKimiaTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas