Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.cu.tan] | ڤچوتن

Definisi : hasil memecut: dgn sekali ~, dia sudah berdiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.cu.tan] | ڤچوتن

Definisi : 1 kadar perubahan halaju (sesuatu gerakan) dlm satu unit masa tertentu. 2 gerakan memecut: ~ yg tiba-tiba itu telah memeranjatkan penumpang keretanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecutan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah betul? pecutan adalah suatu kuantiti vektor atau pecutan ialah suatu kuantiti vektor. terima kasih.Frasa yang betul ialah "Pecutan ialah suatu kuantiti vector..."Tatabahasa10.07.2013
Bolehkah frasa 'akselerasi' digunakan berbanding 'pecutan' untuk terjemahan 'acceleration' dalam konteks 'cardiotocogram' (perubatan)? Hal ini kerana 'acceleration' yang digambarkan dalam 'cardiotocogram' tidak sama seperti dalam fizik. Terima kasih,

Dalam bidang perubatan (kardiotokografi), kardiotokogram merujuk rakaman denyutan jantung janin dalam bentuk graf dari segi kadar, amplitud, tempoh dan frekuensi ketika kontraksi uterus atau tiada kontraksi. Oleh sebab itu, padanan yang tepat dalam bidang perubatan menggambarkan keadaan tersebut ialah pecutan. Akselerasi ialah istilah yang lebih kerap digunakan di Indonesia.

Istilah17.12.2019

Kembali ke atas