Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.da.gang] | ڤداݢڠ

Definisi : benda (spt kandar) yg digunakan utk memikul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.da.gang] | ڤداݢڠ

Definisi : orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd me­rapati pantai negeri Jepun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.da.gang] | ڤداݢڠ

Definisi : orang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pedagang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
trade advertisingpengiklanan dagangKomunikasiKorporatPengiklanan yang disasarkan kepada pedagang dan bukan kepada pelanggan awam. Bahan yang diiklankan ialah barangan dan perkhidmatan yang boleh dijual oleh pedagang yang bertindak sebagai wakil pengedar, peruncit, atau pemborong. Iklan jenis ini biasanya disiarkan dalam penerbitan khas, sama ada akhbar atau majalah yang diedarkan kepada pedagang berkenaan. Penerbitan ini juga menyiarkan notis jualan mengenai barangan atau perkhidmatan baru. Kadangkala penerbitan ini diedarkan terus kepada pengguna awam dengan harapan pengguna awam akan berhubung dengan wakil pedagang yang berdekatan untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Fungsi pengiklanan jenis ini adalah untuk mengembangkan dan mengukuhkan rangkaian perniagaan, serta sebagai pemberitahuan tentang perubahan harga dan pengenalan barangan atau perkhidmatan baru di pasaran.
scalperpedagang saham singkatEkonomiTiadaPedagang yang memasuki pasaran saham dan berusaha mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham. Mereka boleh melakukan dagangan seperti ini beberapa kali dalam sehari dan sentiasa memantau tahap harga setiap dagangan saham.
scalperpedagang saham singkatEkonomiTiadaPedagang yang memasuki pasaran saham dan berusaha mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham. Mereka boleh melakukan dagangan seperti ini beberapa kali dalam sehari dan sentiasa memantau tahap harga setiap dagangan saham.
country traderspedagang persendirianSejarahTiadaPedagang yang bergerak dari satu daerah ke satu daerah yang lain dan berniaga secara kecil-kecilan.
position traderpedagang kedudukanPentadbiran PerniagaanTiadaPedagang komoditi yang mengambil kedudukan dengan memasuki kontrak 6 bulan atau lebih daripada tamat tempoh.
furriers customers insuranceinsurans pelanggan pedagang bulu binatangPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan di bawah polisi marin dalaman yang dibeli oleh pedagang bulu binatang untuk melindungi bulu binatang yang telah dipesan.
tajirsaudagar/peniaga/pedagangPerniagaan IslamTiadaIndividu yang menjalankan aktiviti perniagaan sama ada secara runcit atau borong bagi barangan yang diharuskan dengan menggunakan kontrak yang sah. Contohnya, peniaga kedai runcit, pedagang import eksport barangan dan saudagar tekstil.
traderpedagang; peniagaEkonomiTiadaTiada
traderpedagang; peniagaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
native traderpedagang bumiputeraSejarahTiadaTiada
12345

Kembali ke atas