Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.das] | ڤدس

Definisi : 1. rasa spt rasa lada (cili dll): kuahnya terlalu ~; ia lebih suka makan yg ~-~; rendang ~ sj lauk yg pedas; 2. tajam atau keras (teguran, komen, dll), menyakiti hati (kata­-kata dll): pemimpin-pemimpin itu mendapat kecaman ~ drpd surat-surat khabar; kata-kata yg tajam dan ~; bercakap ~ menge­luarkan kata-kata yg tajam; belum tahu dipedas lada prb belum ada pe­ngalaman; supaya tahu akan ~ lada, supaya tahu akan masin garam prb supaya tahu akan susah hidup; memedaskan menjadikan pedas; katanya ~ hati menyakiti hati; kepedasan terasa sangat pedas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.das] | ڤدس

Definisi : 1 (be)rasa spt rasa cili: Dia memang suka makan benda yg ~-~. 2 bersifat menyakiti hati (bkn perkataan yg diucapkan); keras atau tajam (bkn teguran atau kritik): Mereka telah mendapat celaan yg ~ drpd orang ramai. kepedasan 1 berasa (sangat) pedas: Dia ~ setelah memakan sambal yg dihidangkan itu. 2 keadaan atau hal pedas: ~ cili itu telah membuat air matanya meleleh. kepedas-pedasan agak pedas; pedas sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pedas (adjektif)
1. Bersinonim dengan pijar: berasa cili

2. Bersinonim dengan tajam: keras, bisa, pedih, mendesing,
Berantonim dengan lembut

Kata Terbitan : memedaskan,

Puisi
 

Apa daya tebing tinggi,
     Batang api di Muara Tebas;
Apa daya di tahun ini,
     Tanam cili tak pedas.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan bahasa yang betul bagi ayat di bawah:- Ekor Lembu Asam Pedas atau Asam Pedas Ekor Lembu Ikan Asam Pedas atau Asam Pedas IkanPenggunaan bahasa yang betul ialah:

1) Asam Pedas Ekor Lembu
   Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas+ penerang nama jenis (ekor lembu).

2) Asam Pedas Ikan
Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ikan.
Lain-lain08.05.2018
I Tangannya pedas kerana terpegang cili yang telah ditumbuk lumat. II Pedas sungguh gigitan kerengga itu sehingga Muthu berasa kesakitan. (munsyi, tolonglah tunjukajar untuk menggantikan pedas dengan kosa kata yang sesuai. TK)I. Pijar. II. Pedih.Tatabahasa06.03.2013
Makanan pedas didapati berupaya menjadi agen yang merangsang selera makan dengan menggalakkan peredaran air liur dan jus gastrik. apakah jenis ayat ini? pendedahan atau penghujahanJenis ayat ini ialah ayat penyata yang mendedahkan sesuatu fakta.Lain-lain15.01.2015
Mengikut penerangan Tatabahasa Dewan imbuhan awalan ,, ter,, boleh bentuk kata kerja transitif . Persoalannya ialah seandainya ini terjadi ,maka kata kerja itu boleh dipasifkan. justeru ayat seperti ini ( Adik termakan lauk yang pedas itu ) boleh dipasifkan seperti berikut :( lauk yang pedas itu dimakan oleh adik ) atau ( lauk yang pedas itu termakan oleh adik) KERANA ANTARA TANDA UNTUK MENGENAL KATA KERJA TANSITIF IALAH AYAT ITU BOLEH DIPASIFKAN! ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, SOALAN SAYA IALAH , betulkah pemahaman saya seperti ini??????????????? TOLONG BERIKAN PENJELASAN YANG PANJANG DAN DENGAN CONTOH !

Saudara Wan,

Bentuk pasif ayat ' Adik termakan lauk yang pedas itu' ialah ' Lauk yang pedas itu termakan oleh adik'.  Imbuhan 'ter' pada perkataan makan bermaksud mampu /berupaya makan. Perkataan lauk ialah objek bagi kata kerja termakan.  

Tatabahasa21.06.2009
Tidak saya termakan lauk yang pedas itu. adakah apa-apa kesalahan dlm ayat ini??Susunan yang lebih tepat ialah "Saya tidak termakan lauk yang pedas itu."Tatabahasa16.07.2013
kata-kata Ali yang tajam dan _________ menyinggung perasaan Aisyah. a. pedih b. perit c. pedas terima kasihKedua-dua perkataan pedih dan pedas boleh digunakan dalam ayat tersebut.Lain-lain22.07.2019
Assalamualaikum. Tuan Sulaiman. Saya En. Hisham Bin Othman @ Mohd. Saya ingin bertanya. Apakah ejaan yang betul bagi: 1. Profesional atau Professional. 2. Pelantikan atau Perlantikan. 3. Adakah perkataan "pedas giler" diterima pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia membawa maksud sangat pedas? Terima kasih di atas maklumbalas tuan. Hisham Bin Othman @ Mohd. 26.09.2019.Salam sejahtera,

Tuan,


Ejaan yang betul:

1. Profesional
2. Pelantikan
3. "Pedas giler" tidak betul. Sila gunakan "sangat pedas".


Sekian, terima kasih.
Lain-lain26.09.2019
saya dah sumbit permohonan untuk restoran asam pedas claypot.. sekarang saya menunggu pengesahan dr dewan bahasa & pustaka.. tetapi saya ingin tahu betul cara saya .. boleh anda call saya di 011 21781054.Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain18.10.2015
Salam sejahtera, Adakah betul padanan antonim ini? pahit - manis masin - tawar Sekian, terima kasih.Dalam data kami, pahit , masam, manis, masin dan pedas berantonim dengan tawar.Tatabahasa18.11.2013
Bijak Bisnes AHA 5.37 PTG Bijak Bisnes Assalamualaikum.. Ape yg dimaksudkan dgn bahasa 'sarkastik' ?Sarkastik bermaksud bersifat menyindir (dengan kata yang tajam, pedas) yang boleh menyakitkan hati seseorang. Bahasa sarkastik ialah unsur bahasa yang digunakan dalam menyampaikan maksud sindiran.Makna10.09.2017
123

Kembali ke atas