Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.dih] | ڤديه

Definisi : 1. rasa sakit spt apabila luka kena air limau (mata kena asap dll): kulit mukanya terasa ~ kena matahari; 2. = ~ hati a) sangat pilu atau sedih; b) sakit hati: ia berasa ~ mendengar ucapan itu; 3. menyakitkan: azab yg amat ~; ~ hulu hati rasa pedih pd hulu hati yg menaik hingga ke leher dan tekak, kadangkala disertai dgn rasa masam di tekak, disebabkan penyongsangan aliran asid dr perut ke atas; memedihkan menjadikan pedih: asapnya ~ mata; ia mengeluarkan kata-kata yg ~ telinga; kepedihan 1. perihal pedih, rasa pedih; 2. menderita pedih: anak itu menangis ~ apa-bila lukanya dicuci; 3. kesedihan, kesakitan dlm hati: apa yg bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan ~; pemedih sesuatu yg memedihkan: gas ~ mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.dih] | ڤديه

Definisi : 1 (be)rasa sakit spt rasa ketika luka terkena air limau. 2 = ~ hati a. sangat sedih. b. sakit hati. memedihkan 1 menyebabkan berasa pedih; menjadikan pedih: Air sabun ~ mata. 2 menyedihkan hati; menyakiti hati: Dia telah mengeluarkan kata-kata yg ~. kepedihan 1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati): ~ di hatinya tidak dpt dibendung lagi. pemedih sesuatu yg digunakan utk memedihkan (mata dll): gas ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pedih (adjektif)
1. Bersinonim dengan bisa: ngilu, perit, perih, sembiluan,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan sakit hati, geram, patah hati, kecewa,

3. Bersinonim dengan sakit: azab, sengsara,

Kata Terbitan : memedihkan, kepedihan,

Puisi
 

Sayang rokok hisap di mulut,
     Asap dia gulung ke pipi;
Tuan bercakap manis di mulut,
     Saya mendengar pedih di hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seorang cecak,
     semuanya merasa pedih.

Bermaksud :

Kalau seorang berbuat salah, maka kaum keluarganya akan turut merasa malu. cecak = cubit.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEDIH HULU HATI UMUM 
SEMUT API

Semut api adalah mana-mana satu daripada

beberapa spesies semut yang menyebabkan

sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima

spesies semut api terdapat di tenggara Amerika

Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang

diimport, adalah semut perosak yang utama.

Semut api merah yang diimport membuat busut

besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras

hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang.

Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami

satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu

aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun

keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api

merah yang diimport meninggalkan benjol kecil,

bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah

orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa

semut api – dan jarang sekali membawa maut.

UMUM 
ASID

Asid ialah sebarang kumpulan sebatian kimia yang

mempunyai sifat-sifat tertentu yang sama. Larutan

asid berasa masam dan menghasilkan rasa pedih

jika terkena pada kulit. Asid melarutkan banyak

logam dan menukar warna kertas litmus biru

kepada merah. Sebatian kimia yang dinamakan bes

atau alkali meneutralkan asid.

UMUM 
DISPEPSIA

Dispepsia ialah istilah yang digunakan secara

longgar untuk merujuk kepada gangguan

penghadaman. Dispepsia melibatkan gejala

seperti sakit pada abdomen atas, pedih hulu hati,

sendawa, bahagian perut berasa sendat dan sebu,

dan memuntahkan makanan atau cecair berasa

masam.

UMUM 

Kembali ke atas