Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.dih] | ڤديه

Definisi : 1. rasa sakit spt apabila luka kena air limau (mata kena asap dll): kulit mukanya terasa ~ kena matahari; 2. = ~ hati a) sangat pilu atau sedih; b) sakit hati: ia berasa ~ mendengar ucapan itu; 3. menyakitkan: azab yg amat ~; ~ hulu hati rasa pedih pd hulu hati yg menaik hingga ke leher dan tekak, kadangkala disertai dgn rasa masam di tekak, disebabkan penyongsangan aliran asid dr perut ke atas; memedihkan menjadikan pedih: asapnya ~ mata; ia mengeluarkan kata-kata yg ~ telinga; kepedihan 1. perihal pedih, rasa pedih; 2. menderita pedih: anak itu menangis ~ apa-bila lukanya dicuci; 3. kesedihan, kesakitan dlm hati: apa yg bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan ~; pemedih sesuatu yg memedihkan: gas ~ mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.dih] | ڤديه

Definisi : 1 (be)rasa sakit spt rasa ketika luka terkena air limau. 2 = ~ hati a. sangat sedih. b. sakit hati. memedihkan 1 menyebabkan berasa pedih; menjadikan pedih: Air sabun ~ mata. 2 menyedihkan hati; menyakiti hati: Dia telah mengeluarkan kata-kata yg ~. kepedihan 1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati): ~ di hatinya tidak dpt dibendung lagi. pemedih sesuatu yg digunakan utk memedihkan (mata dll): gas ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pedih (adjektif)
1. Bersinonim dengan bisa: ngilu, perit, perih, sembiluan,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan sakit hati, geram, patah hati, kecewa,

3. Bersinonim dengan sakit: azab, sengsara,

Kata Terbitan : memedihkan, kepedihan,

Puisi
 

Sayang rokok hisap di mulut,
     Asap dia gulung ke pipi;
Tuan bercakap manis di mulut,
     Saya mendengar pedih di hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seorang cecak,
     semuanya merasa pedih.

Bermaksud :

Kalau seorang berbuat salah, maka kaum keluarganya akan turut merasa malu. cecak = cubit.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heartburnpedih hulu hatiPerubatanTiadaRasa pedih atau terbakar di bahagian bawah sternum, biasanya daesifagus.
heartburnpedih hulu hatiGerontologiTiadaRasa pedih atau terbakar di bahagian bawah sternum, biasanya di esofagus.
heartburnpedih hulu hatiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pyrosispirosisPerubatanTiadaPedih hulu hati.
acridakridPerubatanTiadaPerihal rengsa atau pedih.
acraldehydeakraldehidKimiaTiadaCecair aldehid yang tidak berwarna dan toksik berbau pedih /senyit yang diperolehi melalui pendehidratan gliserol atau pentoksidaan alil alkohol.
acroleinakroleinKimiaTiadaCecair aldehid yang tidak berwarna berbau sengit atau pedih yang diperoleh melalui pendehidratan gliserol atau pengoksidaan alil alkohol.
metoclopramideMetoclopramidePerubatanTiadaUbat yang diberikan melalui mulut atau suntikan untuk merawat loya, muntah, pedih hulu hati dan flatulens.
acridakridKimiaTiada1. Merengsakan atau memedihkan. 2. Berkenaan dengan bau atau rasa yang tajam , pedih yang menusuk hidung.
zinc salt poisoningkeracunan garam zinkKimiaForensikKeracunan akibat termakan atau tersedut garam zink terlarut, misalnya zink klorida dan zink sulfat. Gejala keracunan termasuk rasa pedih pada mulut dan kerongkong, muntah, cirit-birit, sakit abdomen dan dada, dan dalam kes teruk, kejutan dan koma. Had pendedahan ialah 0.002 mg/L.
1234

Kembali ke atas