Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.gang] | ڤݢڠ

Definisi : bp = berpegang, memegang; berpegang = ~ pd 1. memaut sesuatu dgn tangan, berpaut (pd), berkuat (pd): ia ternampak seorang budak hanyut yg ~ pd sekeping papan; Zaini terhuyung-hayang mencari tempat utk ~; ~ tangan a) berganding tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; 2. berpedo­man atau berpandu kuat (pd): mereka ~ kukuh pd adat dan agama; ~ pd yg benar; ~ pd prinsip-prinsip tertentu; berpegangan 1. saling berpegang: kami ~ melintas jalan itu; 2. berpegang pd, berpe­doman pd, menggunakan pegangan; memegang 1. memaut (menggenggam, men­capai) dgn tangan, menangkap (pencuri dll): ia terperanjat apabila orang ~ bahunya; tangan kanannya ~ beg; ~ pencuri menang­kap pencuri; 2. memakai (menggunakan) senjata dll: seluruh pasukan itu ~ senapang; orang yg tidak ~ kad pengenalan orang yg tidak mempunyai atau tidak membawa kad pengenalan; 3. menguasai, mengelolakan, mengurus (perusahaan, kedai, dll), menjabat atau menjawat (jawatan, pangkat, dll): penghulu-penghulu yg ~ bala tentera; segala yg ~ hasil negeri; maka pd masa itu Inggeris ~ perintah dlm Melaka; dia bertukar ke Ipoh kerana ~ jawatan baharu di sana; 4. melak­sanakan (perintah, aturan, dll), mematuhi: ia ~ segala peraturan; 5. berpegang teguh pd (janji dll), menerima (sbg sesuatu yg boleh dipercayai, diakui benar, diharapkan, dll): mereka tetap ~ adat; cakapnya tak boleh dipegang tidak boleh dipercayai; 6. mema­suki tubuh manusia (bkn hantu dll), merasuk: saya ini dah dipegang syaitan; ~ amanah menjalankan amanah; ~ buku mengurus buku kira-kira (dlm perniagaan); ~ cempurit a) memegang pimpinan; b) memim­pin sesuatu gerakan (dgn rahsia); ~ kemudi a) memandu (kereta dll); b) memimpin (per­satuan dll); ~ peranan menjalankan peranan; ~ wang (duit) a) menggenggam wang; b) mengurus hal-hal kewangan (perniagaan dll); c) mempunyai wang; bagai ~ buah kepantangan beruk, ditelan mati emak, diludahkan mati bapak prb dlm keadaan serba salah; memegangkan memegang utk: pegangkan budak itu bajunya; pegangan 1. sesuatu yg dipegang: kerana terburu-buru habis bertaburan ~nya; 2. baha­gian sesuatu benda tempat dipegang (tangkai, hulu, dll); 3. pekerjaan (daerah dll) yg di­pegang: dan Tun Talanai anak Bendahara Paduka, ~nya Suir; 4. sesuatu yg dijadikan dasar utk menentukan sesuatu, pedoman, pendirian: ada beberapa perkara yg harus diingat dan dijadikan ~; buku ~ buku pe­doman; hilang ~ hilang kepercayaan; 5. per­buatan memegang: dicubanya melepaskan diri drpd ~ orang itu; perpegangan pegangan; pemegangan perbuatan memegang; pemegang 1. alat utk memegang sesuatu: ~ kanta; 2. bahagian alat tempat dipegang (tangkai, gagang, dll), pegangan; 3. orang yg memegang atau mempunyai hak atas sesuatu: ~ saham; ~ amanah orang yg menjalankan amanah; ~ andil (saham) orang yg memegang saham, persero; ~ buku orang yg mengurus buku kira­-kira; ~ polisi orang (badan, syarikat, institusi dsb) yg mempunyai polisi insurans; ~ rekod orang yg berjaya memperoleh pencapaian terbaik, tertinggi dsb dlm sukan atau kegiatan lain; ~ saham orang atau badan yg memiliki saham dlm sesebuah syarikat; ~ serah hak (Udg) orang yg dipindahkan harta atau hak kepadanya mengikut undang-undang; ~ wang orang yg menjaga hal kewangan (perniagaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.gang] | ڤݢڠ

Definisi : ; berpegang 1 membuat tangan memaut sesuatu; berpaut: Sambil berjalan, ia ~ pd tangan ibunya. 2 tetap mengambil sesuatu sbg pedoman atau petunjuk: Mereka kuat ~ pd agama dan adat. memegang 1 menggenggam atau memaut dgn tangan; menjadikan tangan menggenggam sesuatu: Sambil bersalam, tangan kirinya ~ bahuku. 2 mengurus atau memimpin sesuatu perusahaan dll; menjabat atau memangku sesuatu pekerjaan: Beliau telah ~ jawatan pengurus di firma itu selama dua tahun. 3 tetap berpegang teguh pd sesuatu sbg pedoman: Mereka masih ~ adat yg lama-lama. ~ amanah menunaikan sesuatu amanah. ~ buku mengurus buku akaun dlm soal kewangan. ~ janji berpegang teguh pd segala janji yg telah dibuat. ~ peranan menjalankan peranan atau tanggungjawab. pegangan 1 tempat berpegang: Kalau tongkatnya hilang, tentulah orang buta itu meraba-raba mencari ~. 2 sesuatu yg dijadikan dasar (prinsip); pedoman. pemegang 1 alat utk memegang sesuatu. 2 bahagian drpd sesuatu benda utk dipegang. 3 orang yg memegang sesuatu jawatan atau yg mengendalikan sesuatu urusan: ~ buku orang yg mengurus buku akaun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,

Puisi
 

Buah pinang dipegang-pegang,
     Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
     Air mata jatuh ke lutut.


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PEGANG DENGAN KEDUA TANGANKhidmat Nasihat Bahasa tidak menangani sebarang pertanyaan yang berbentuk soalan kuiz atau teka silangkata, sila rujuk kamus untuk mendapatkan jawapan yang tepat.Lain-lain19.05.2009
Kamu memegang jawatan sebagai guru panitia. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Jawatan kamu pegang sebagai guru panitia. (b) Jawatan sebagai guru panitia kamu pegang.Ayat pasif yang betul:

Jawatan sebagai guru panitia kamu pegang.
Tatabahasa11.11.2015
Assalamualaikum wbt Tn, Saya ingin bertanya, adakah betul kata kerja (KK) & kata nama (KN) di bawah: 1) KK:Mendengar - KN:Dengar 2) KK:Melihat - KN:Lihat 3) KK:Memegang - KN: Pegang 4) KK: Bergerak - KN: Gerak Atau Tn, ada cadangan lain untuk kata KN yang bersesuaian dengan KK di atas. Terima kasih.Dengar, lihat, pegang, dan gerak ialah kata kerja, sama seperti mendengar, melihat, memegang dan bergerak.Tatabahasa15.08.2016
Salam sejahtera, * Semakan Istilah: Apakah istilah yang tepat untuk merujuk kepada tempat pegang, iaitu tempat untuk bergayut dalam kereta? * Apakah: galang tangan / sangkut tangan? * Contoh: Tangannya memegang kuat pada galang tangan sewaktu kereta itu membelok laju. Terima kasih.

Yang sesuai digunakan ialah galang tangan.

Lain-lain21.04.2009
Narin: minta hantarkan buku latihan ini ke bilik guru. (Berikan respons. Gambar menunjukkan Narin memegang buku. Helmi belum pegang buku itu lagi.) Helmi: Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku latihan ini ke bilik guru./ Baik, Helmi. Saya akan hantarkan buku latihan itu ke bilik guru. Adakah kata ganti nama tunjuk perlu ditukarkan kepada itu semasa memberikan respons? Ataupun buku itu dekat pada matanya, maka perkataan ini boleh diguna pakai? Terima kasih atas bimbingan DBPKata ganti nama tunjuk "ini" bermaksud menunjuk pada yang dekat manakala "itu" menunjuk pada yang jauh.
Berdasarkan situasi dalam contoh ayat tersebut, kata ganti nama tunjuk yang betul ialah "ini" kerana buku tersebut berada berdekatan dengan Helmi.
Tatabahasa01.09.2021
Assalamualaikum, Saya ingin merujuk kepada pihak DBP kerana kami akan menerbitkan sebuah kamus bergambar untuk pelajar berumur 2 hingga 4 tahun. Dengan itu, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan kata imbuhan dalam kata kerja yang betul dan bersesuaian dengan peringkat usia mereka. Sebagai contoh :- Kategori 'KATA KERJA': 1) hold - pegang (*atau harus ditambah kata imbuhan 'me-' memegang) 2) listen - dengar (*atau harus ditambah kata imbuhan 'men-' mendengar) 3) smile - senyum (*atau harus ditambah kata imbuhan 'ter-' tersenyum) #sekian terima kasih.1. Kata pegang lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan, oleh itu buku rujukan hendaklah menggunakan kata yang betul, iaitu memegang.
2. Begitu juga dengan perkataan kedua dan ketiga, iaitu mendengar dan tersenyum.
Tatabahasa03.12.2012
Terjemahan untuk 'screen media devices', non-handheld gaming console, hanheld gaming console dan tablet

Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah:

screen media devices'- Peranti media layar
non-handheld gaming console -  Konsol permainan tanpa pegang
hanheld gaming console dan tablet – tablet dan konsol permainan pegang

Makna04.06.2021
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 
2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan".
Tatabahasa24.04.2014
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya.PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

PERMAINAN BERSEPADU
Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan.

JONGKANG-JONGKET
Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan.
 
BUAIAN
Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya.
Tatabahasa22.11.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mengenal pasti padanan kata bagi perkataan berikut: (1) latchkey children; (2) passive smoker. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk kedua-dua istilah yang dikemukakan. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud yang diberikan untuk "latchkey child" ialah budak yang pegang kunci rumah (sendiri). Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "passive smoker" ialah perokok pasif.Istilah13.11.2014

Kembali ke atas