Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : 1. orang yg bekerja dgn kerajaan (per­usahaan dll): ayahnya seorang ~ di Jabatan Perdana Menteri; 2. orang yg berpangkat Leftenan Muda ke atas (dlm tentera), orang yg berpangkat Inspektor ke atas (dlm pasu­kan polis); 3. sl perkakas: bukankah Allah Taala menjadikan tujuh petala langit itu tiada dgn semata ~; ~ bertauliah pegawai dlm angkatan tentera yg diberi tauliah; ~ daerah pegawai yg menge­tuai sesuatu daerah; ~ de facto (Udg) pegawai yg memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang; ~ kanan pegawai yg lebih tinggi drpd pegawai­-pegawai lain; ~ kerajaan pegawai yg bekerja dgn kerajaan; ~ kontrak pegawai yg dilantik berkhidmat secara kontrak (mengikut keper­luan projek dsb); ~ memerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu kompeni; ~ pelajaran pegawai perkhidmatan pelajaran; ~ pemerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu batalion; ~ rendah pegawai tingkatan bawah; ~ tinggi pegawai tingkatan atas; ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg mem­bantu pegawai pemerintah; kepegawaian perihal pegawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : orang yg menjalankan tugas; ®pegawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : 1 orang yg memegang sesuatu jawatan dan bertanggungjawab dlm perkhidmatan kerajaan dll: Bapanya bekerja sbg ~ kastam di Johor. 2 anggota pasukan tentera yg berpangkat drpd leftenan muda ke atas; anggota pasukan polis yg berpangkat drpd inspektor ke atas. ~ daerah pegawai yg mengetuai sesuatu daerah. ~ kontrak pegawai yg dilantik utk berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek, syarat kontrak dsb). ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg membantu pegawai pemerintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pegawai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Tuan, Selaku seorang penulis teks ucapan saya sering mengalami masalah meletakkan nama panggilan pegawai-pegawai mengikut jawatan masing-masing. Contoh 1: Selaku tuan rumah majlis persaraan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, dalam ucapan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, apakah penggilan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Sektor, Pegawai Pendidikan daerah-daerah lain dan yang diraikan? Dari segi susunan pula bagaimana? Adakah yang diraikan (ketua peringkat daerah) disebut dahulu berbanding pegawai-pegawai yang berada di jabatan peringkat negeri? Terima kasih1. Sapaan kehormat "Yang Berbahagia" digunakan sekiranya individu tersebut memiliki gelaran seperti Tan Sri, Datuk dan sebagainya. Penggunaan "Yang Amat Berusaha" digunakan untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan (Jusa C ke atas) dan "Yang Berusaha" kepada pegawai tinggi kerajaan.
2. Susunan ucapan mengikut kekanan pegawai berkenaan. 
Lain-lain01.09.2016
Ucapan alu-aluan untuk pegawai-pegawai kerajaanYang Berbahagia (Singkatan YBhg.) Yang Berhormat (YB) Sapaan Yang Berusaha digunakan apabila menyapa orang yang menganjur atau mengadalikan majlis atau pegawai kanan kerajaan yang belum menerima anugerah/bintang kebesaran. Dan pegawai kanan/tinggi kerajaan yang lebih tinggi lagi pangkatnya tetapi belum menerima anugerah/bintang kebesaran disapa sebagai Yang Amat Berusaha; dan Yang Dihormati : Boleh digunakan dalam sapaan kepada yang lebih tua, lebih mulia dan sebagainya.Istilah01.10.2013
Salam sejahtera, Pegawai-Pegawai DBP. Soalan: Pakaian ini dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan dibezakan mengikut tanda warna dan tanda pangkat. Pakaian ini boleh juga dipakai dalam perbarisan-perbarisan rasmi Jabatan di mana pemakaiannya adalah seperti yang diarahkan. Adakah 'di mana' tersalah digunakan dalam ayat penyata tersebut? Hal ini demikian kerana tiada perjumpaan/kekurangan sumber yang boleh dipercayai untuk membuktikan kesalahan tertentu di laman web (Sebagai rujukan). Terima Kasih *100

Penggunaan perkataan di mana dalam konteks ayat yang diberikan tidak betul. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan di mana mempunyai dua fungsi, iaitu:

1. Digunakan untuk menanyakan tempat, perkara dan sebagainya yang tidak diketahui. Contoh dalam ayat, Di mana boleh saya menjual sayur-sayuran ini?
2. Menunjukkan sesuatu dilakukan berdasarkan keupayaan, keperluan dan kesesuaian. Contoh dalam ayat, Sebagai isteri, beliau membantu di mana perlu.

Tatabahasa18.11.2021
a) Seorang pegawai menjalankan tugas bagi pegawai atasan kerana pegawai atasan bercuti. Perlukah beliau menulis 'bagi pihak atau b/p' apabila menurunkan tandatangan pada memo? a) Seorang pegawai menjalankan tugas bagi pegawai atasan kerana pegawai atasan berpindah dan tiada pengganti. Perlukah beliau menulis 'bagi pihak atau b/p' apabila menurunkan tandatangan pada memo?Pada amalannya pegawai menjalankan tugas bagi pihak ketua organisasi. Contohnya jika Encik Ahmad bin Ismail, Ketua Bahagian Undang-undang, Dewan Bahasa dan Pustaka, mendatangani surat bagi pihak Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, lazimnya ditulis b.p. Ketua Pengarah. Apabila Encik Ahmad bercuti, pegawainya Encik Abu bin Kassim, Pegawai Undang-undang, menandatangani surat bagi pihak Ketua Pengarah (bukan bagi pihak Encik Ahmad).Lain-lain31.12.2011
mohon pandangan, manakah yang betul, 1) kursus penguatkuasaan kepada pegawai-pegawai masjid negeri kedah darul aman atau; 2) kursus penguatkuasaan kepada pegawai masjid negeri kedah darul aman.. mohon pandangan..terima kasihPenggunaan ayat ini lebih tepat.
Kursus penguatkuasaan kepada pegawai masjid negeri Kedah Darul Aman.
Tatabahasa04.08.2020
assalamualaikum nak bertanya tentang rangkaikata berikut....adakah di sini tempat merujuk Pengesahan Pegawai Pelulus Pengesahan Pegawai Melulus Pengesahan Pegawai Yang Melulus Pengesahan Pegawai Yang Meluluskan Nama Pegawai Pelulus mana yang betul dan mana yang salah.....terima kasihSoalan yang dikemukakan tidak jelas, sila gunakan tanda baca agar dapat apabila menulis beberapa pilihan frasa. Apa yang dapat kami bantu, farsa yang sesuai ialah "Pengesahan Pegawai yang meluluskan permohonan...". Jika jawapan kami tidak bertepatan dengan pertanyaan, sila kemukakan soalan kepada Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa07.01.2014
Mohon terjemahkan perkara-perkara berikut bagi tujuan membuat Business Card pegawai-pegawai ke Bahasa Inggeris: 1. Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 2. Ketua Penolong Setiausaha Unit Dasar dan Perancangan Strategik Sumber Manusia 3. Unit Perancangan Sumber Manusia Guru 4. Unit Perancangan Sumber Manusia Bukan Guru 5. Unit Pemantauan dan Penilaian Sekian, terima kasih.Untuk makluman puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk menterjemah dokumen, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-emel terjemah1@gmail.com.Istilah25.01.2018
Salam. Adakah boleh digandakan sebanyak dua kali perkataan gandaan di dalam satu ayat? Contoh: Baginda berangkat bersama sekalian pegawai-pegawai istana dan tentera-tentera berkuda untuk pergi berburu.Baginda berangkat bersama sekalian pegawai istana dan tentera berkuda untuk pergi berburu. Mengikut Kamus Dewan perkataan "sekalian" di sini telah membawa makna semua(nya) atau segala. Sekian, terima kasih.Tatabahasa25.06.2008
Salam, Adakah penggunaan kata gandaan sebanyak dua kali di dalam satu ayat dibolehkan? Contoh: Raja berangkat bersama pegawai-pegawai serta pengiring-pengiringnya pergi berburu.Raja bersama pengiringnya berangkat pergi berburu. - tidak perlu lagi digandakanTatabahasa27.06.2008
Kepada yang berkenaan, Saya merupakan seorang pengajar yang diberi tugasan untuk membina kurikulum baharu untuk pelajar-pelajar yang terdiri daripada pegawai-pegawai perkhidmatan luar dari Amerika yang akan berkhidmat di Kedutaan Amerika. Salah satu tugasan yang sedang saya usahakan ialah mencari pengumpulan senarai data kekerapan kata untuk Bahas Melayu. Saya amat berharap sekiranya pihak tuan dapat memberi sedikit panduan di mana saya boleh peroleh senarai data berkenaan sekiranya wujud. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Yang Benar, Pn. Norlidah

Untuk membantu saudari menyelesaikan persoalan tersebut, saudari boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka  melalui talian 03-2147 9175. Selain itu juga, saudari boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Pusat Dokumentasi Melayu memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya. Jika saudari berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu, saudari boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran keahlian dikenakan sebanyak RM20 setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudari boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3, Blok Podium, Menara DBP.

 

Lain-lain17.07.2019
12345678910...

Kembali ke atas