Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : 1. orang yg bekerja dgn kerajaan (per­usahaan dll): ayahnya seorang ~ di Jabatan Perdana Menteri; 2. orang yg berpangkat Leftenan Muda ke atas (dlm tentera), orang yg berpangkat Inspektor ke atas (dlm pasu­kan polis); 3. sl perkakas: bukankah Allah Taala menjadikan tujuh petala langit itu tiada dgn semata ~; ~ bertauliah pegawai dlm angkatan tentera yg diberi tauliah; ~ daerah pegawai yg menge­tuai sesuatu daerah; ~ de facto (Udg) pegawai yg memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang; ~ kanan pegawai yg lebih tinggi drpd pegawai­-pegawai lain; ~ kerajaan pegawai yg bekerja dgn kerajaan; ~ kontrak pegawai yg dilantik berkhidmat secara kontrak (mengikut keper­luan projek dsb); ~ memerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu kompeni; ~ pelajaran pegawai perkhidmatan pelajaran; ~ pemerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu batalion; ~ rendah pegawai tingkatan bawah; ~ tinggi pegawai tingkatan atas; ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg mem­bantu pegawai pemerintah; kepegawaian perihal pegawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : orang yg menjalankan tugas; ®pegawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : 1 orang yg memegang sesuatu jawatan dan bertanggungjawab dlm perkhidmatan kerajaan dll: Bapanya bekerja sbg ~ kastam di Johor. 2 anggota pasukan tentera yg berpangkat drpd leftenan muda ke atas; anggota pasukan polis yg berpangkat drpd inspektor ke atas. ~ daerah pegawai yg mengetuai sesuatu daerah. ~ kontrak pegawai yg dilantik utk berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek, syarat kontrak dsb). ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg membantu pegawai pemerintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pegawai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN BRITAIN

Pertempuran Britain merupakan pertempuran

udara yang muktamad semasa Perang Dunia II

(1939–1945). Pegawai-pegawai Luftwaffe (tentera

udara Jerman) percaya bahawa ketahanan British

dapat dikurangkan dengan penggunaan kuasa

udara semata-mata. Mereka percaya bahawa

serangan dapat dilakukan sebaik sahaja Jerman

memusnahkan Tentera Udara Diraja (Royal Air Force

[RAF]).

UMUM 
MAKARIOS III

Makarios III (1913–1977) ialah paderi Ortodoks

Yunani yang menjadi presiden pertama Cyprus

pada tahun 1959. Pada bulan Julai 1974, dia

digulingkan oleh tentera Cyprus di bawah

pimpinan pegawai-pegawai Yunani. Dengan itu, dia

terpaksa meninggalkan negara tersebut. Dia

kembali ke Cyprus pada bulan Disember 1974 dan

sekali lagi menjadi presiden sehingga dia

meninggal dunia pada tahun 1977. Semasa

Makarios tidak menjadi presiden, tentera Turki

telah menawan sebahagian besar bahagian timur

laut Cyprus.

UMUM 
SYARIKAT PEMEGANGAN

Syarikat pemegangan ialah mana-mana

syarikat yang memegang majoriti ataupun minoriti

yang besar terhadap stok atau kuasa mengundi di

dalam sesebuah syarikat lain, cukup untuk

mengawal dasar-dasarnya. Syarikat pemegangan

boleh mengawal pelantikan pegawai-pegawai dan

boleh menetapkan dasar-dasar perniagaan.

Syarikat yang di bawah kawalan syarikat

pemegangan disebut syarikat subsidiari.

UMUM 
ARCHON

Archon ialah ketua pegawai pentadbiran yang

terpenting di Athens purba. Selepas tahun 683 S.M.,

setiap archon memegang jawatan selama setahun.

Pada mulanya archon terdiri daripada golongan

bangsawan yang kaya-raya dan mereka dipilih

menjadi archon. Selepas tahun 487 S.M., archon

dipilih melalui undi. Pegawai-pegawai yang lain ialah

raja , polemarch dan enam orang thesmothetae .

Pegawai ini kadangkala dikenali juga sebagai archon.

Lihat juga Areopagus.

UMUM 
MANDAMUS

Mandamus ialah suatu perintah mahkamah yang

menghendaki seseorang, mahkamah rendah,

pegawai kerajaan atau pegawai swasta melakukan

kerja-kerja awam.

UMUM 
OSWALD, LEE HARVEY

Oswald, Lee Harvey (1939–1963), dituduh

membunuh John F. Kennedy, presiden Amerika

Syarikat, pada 22 November 1963, di Dallas, Texas.

Dua hari kemudian, ketika berjuta-juta orang

menonton peristiwa itu di televisyen, Oswald

dibunuh. Dia ditembak mati oleh pemilik kelab

malam Dallas, Jack Ruby, semasa sedang

dipindahkan dari penjara bandar ke penjara wilayah

di Dallas. Ruby merempuh pegawai-pegawai polis

yang mengelilingi Oswald untuk menembaknya.

UMUM 
TAULIAH TENTERA

Tauliah tentera ialah perintah bertulis yang

memberikan pangkat kepada seseorang pegawai

dalam perkhidmatan tentera. Seseorang pegawai

menerima tauliah secara sukarela, dan ia tidak perlu

diperbaharui. Istilah in commission apabila

digunakan pula merujuk kepada kapal atau kapal

terbang membawa maksud kapal atau kapal terbang

telah bersedia untuk bertempur.

UMUM 
ATASE

Atase ialah pegawai yang ditempatkan di pejabat

diplomatik. Atase berasal daripada perkataan

Perancis attaché yang bermakna attached . Seseorang

atase biasanya adalah seorang pegawai tentera darat,

tentera laut, atau tentera udara, dan dikenali sebagai

atase tentera darat, tentera laut atau tentera udara.

UMUM 
MANDARIN

Mandarin, orang yang berbahasa Inggeris akan

menggunakan nama Mandarin untuk pegawai

tentera atau pegawai tinggi kerajaan dalam

Empayar China.

UMUM 
PRELATE

Prelate ialah gelaran pegawai yang berpangkat

tinggi di gereja. Bagi Gereja England, prelate ialah

biskop dan ketua biskop. Bagi Gereja Roman

Katolik, istilah prelate juga bermakna paus,

kardinal, dan ketua rahib dan pegawai biara yang

lain, di samping prelate kehormat.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas