Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : 1. orang yg bekerja dgn kerajaan (per­usahaan dll): ayahnya seorang ~ di Jabatan Perdana Menteri; 2. orang yg berpangkat Leftenan Muda ke atas (dlm tentera), orang yg berpangkat Inspektor ke atas (dlm pasu­kan polis); 3. sl perkakas: bukankah Allah Taala menjadikan tujuh petala langit itu tiada dgn semata ~; ~ bertauliah pegawai dlm angkatan tentera yg diberi tauliah; ~ daerah pegawai yg menge­tuai sesuatu daerah; ~ de facto (Udg) pegawai yg memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang; ~ kanan pegawai yg lebih tinggi drpd pegawai­-pegawai lain; ~ kerajaan pegawai yg bekerja dgn kerajaan; ~ kontrak pegawai yg dilantik berkhidmat secara kontrak (mengikut keper­luan projek dsb); ~ memerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu kompeni; ~ pelajaran pegawai perkhidmatan pelajaran; ~ pemerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu batalion; ~ rendah pegawai tingkatan bawah; ~ tinggi pegawai tingkatan atas; ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg mem­bantu pegawai pemerintah; kepegawaian perihal pegawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : orang yg menjalankan tugas; ®pegawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : 1 orang yg memegang sesuatu jawatan dan bertanggungjawab dlm perkhidmatan kerajaan dll: Bapanya bekerja sbg ~ kastam di Johor. 2 anggota pasukan tentera yg berpangkat drpd leftenan muda ke atas; anggota pasukan polis yg berpangkat drpd inspektor ke atas. ~ daerah pegawai yg mengetuai sesuatu daerah. ~ kontrak pegawai yg dilantik utk berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek, syarat kontrak dsb). ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg membantu pegawai pemerintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pegawai


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
'Para pegawai' atau 'para pegawai-pegawai'TiadaWatan27.01.1995
Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan seru guru: kukuhkan kemahiranJawi di peringkat asasTiadaUtusan Melayu17.08.1994
Pegawai-pegawai DBP hadiri kursusTiadaPelita Brunei28.07.1982
Pegawai-pegawai tadbir diseru turut memantapkan bahasa MelayuTiadaUtusan Melayu30.01.1989
Pegawai-pegawai baru 2PNPTiadaBerita Harian27.06.1979
Pegawai-pegawai kerajaan tidak bebas berkreatif?Hamzah HamdaniUtusan Zaman16.11.1980
Pegawai-pegawai Persatuan Linguistik MalaysiaTiadaUtusan Melayu14.11.1980
Pegawai-pegawai tak lulus bahasa dibangkitkan di Dewan NegaraTiadaUtusan Melayu02.12.1989
Peranan pegawai-pegawai daerah lain ulu, lain parang lain dahulu lainsekarangPak SakoUtusan Zaman15.11.1978
Bengkel penulisan kreatif pegawai-pegawai KemasTiadaUtusan Zaman22.11.1995
12345678910...

Kembali ke atas