Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : 1. orang yg bekerja dgn kerajaan (per­usahaan dll): ayahnya seorang ~ di Jabatan Perdana Menteri; 2. orang yg berpangkat Leftenan Muda ke atas (dlm tentera), orang yg berpangkat Inspektor ke atas (dlm pasu­kan polis); 3. sl perkakas: bukankah Allah Taala menjadikan tujuh petala langit itu tiada dgn semata ~; ~ bertauliah pegawai dlm angkatan tentera yg diberi tauliah; ~ daerah pegawai yg menge­tuai sesuatu daerah; ~ de facto (Udg) pegawai yg memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang; ~ kanan pegawai yg lebih tinggi drpd pegawai­-pegawai lain; ~ kerajaan pegawai yg bekerja dgn kerajaan; ~ kontrak pegawai yg dilantik berkhidmat secara kontrak (mengikut keper­luan projek dsb); ~ memerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu kompeni; ~ pelajaran pegawai perkhidmatan pelajaran; ~ pemerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu batalion; ~ rendah pegawai tingkatan bawah; ~ tinggi pegawai tingkatan atas; ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg mem­bantu pegawai pemerintah; kepegawaian perihal pegawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : orang yg menjalankan tugas; ®pegawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : 1 orang yg memegang sesuatu jawatan dan bertanggungjawab dlm perkhidmatan kerajaan dll: Bapanya bekerja sbg ~ kastam di Johor. 2 anggota pasukan tentera yg berpangkat drpd leftenan muda ke atas; anggota pasukan polis yg berpangkat drpd inspektor ke atas. ~ daerah pegawai yg mengetuai sesuatu daerah. ~ kontrak pegawai yg dilantik utk berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek, syarat kontrak dsb). ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg membantu pegawai pemerintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pegawai


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
housemanshippelatihan pegawaipelatihan pegawaipelatihan pegawaiSains Politik
Forestry OfficerPegawai KehutananPegawai PerhutananPegawai PerhutananPerhutanan
home-based officerpegawai negeri tetappegawai tetap-negeripegawai negeri sendiriSains Politik
public servantpegawai pemerintah; pegawai negeri sipilkakitangan awamkakitangan awamSains Politik
chief information officer (CIO)CIO kepala pegawai informasiKetua Pegawai Maklumatketua pegawai maklumatTeknologi Maklumat
nutrition officerpegawai pemakananTiadapegawai pemakananPerubatan
civil service levelperingkat pegawai negeri/ level pegawai negeriperingkat perkhidmatan awamtingkat perkhidmatan awamSains Politik
legal status of civil servantstatus hukum pegawai negerikedudukan sah pegawai kerajaankedudukan sah pegawai kerajaanSains Politik
federal officialpejabat federalpegawai persekutuanpegawai persekutuanSains Politik
public officerpejabat publikpegawai awampegawai awamSains Politik
1234

Kembali ke atas