Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : 1. orang yg bekerja dgn kerajaan (per­usahaan dll): ayahnya seorang ~ di Jabatan Perdana Menteri; 2. orang yg berpangkat Leftenan Muda ke atas (dlm tentera), orang yg berpangkat Inspektor ke atas (dlm pasu­kan polis); 3. sl perkakas: bukankah Allah Taala menjadikan tujuh petala langit itu tiada dgn semata ~; ~ bertauliah pegawai dlm angkatan tentera yg diberi tauliah; ~ daerah pegawai yg menge­tuai sesuatu daerah; ~ de facto (Udg) pegawai yg memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang; ~ kanan pegawai yg lebih tinggi drpd pegawai­-pegawai lain; ~ kerajaan pegawai yg bekerja dgn kerajaan; ~ kontrak pegawai yg dilantik berkhidmat secara kontrak (mengikut keper­luan projek dsb); ~ memerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu kompeni; ~ pelajaran pegawai perkhidmatan pelajaran; ~ pemerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu batalion; ~ rendah pegawai tingkatan bawah; ~ tinggi pegawai tingkatan atas; ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg mem­bantu pegawai pemerintah; kepegawaian perihal pegawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : orang yg menjalankan tugas; ®pegawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ga.wai] | ڤݢاواي

Definisi : 1 orang yg memegang sesuatu jawatan dan bertanggungjawab dlm perkhidmatan kerajaan dll: Bapanya bekerja sbg ~ kastam di Johor. 2 anggota pasukan tentera yg berpangkat drpd leftenan muda ke atas; anggota pasukan polis yg berpangkat drpd inspektor ke atas. ~ daerah pegawai yg mengetuai sesuatu daerah. ~ kontrak pegawai yg dilantik utk berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek, syarat kontrak dsb). ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg membantu pegawai pemerintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pegawai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
studio addresssiar raya studioKomunikasiTiadaSistem perhubungan dalaman antara pegawai-pegawai penerbitan dengan petugas-petugas lain di bilik rakaman. Sebagai contoh, di dalam bilik kawalan penerbitan, terdapat mikrofon yang boleh digunakan oleh penerbit secara terbuka dengan petugas-petugas lain. Oleh itu, mesej daripada pegawai penerbitan boleh didengar melalui alat pembesar suara yang dipasang di dalam studio.
clipping serviceperkhidmatan potonganPerpustakaanTiadaAktiviti harian yang melibatkan keratan bahan yang berkaitan dengan tugas dan fungsi organisasi dan menghantarnya kepada pegawai-pegawai tertentu di dalam organisasi tersebut yang dilaksanakan oleh perpustakaan khusus di dalam sesebuah organisasi.
Senior OfficerPegawai Tinggi: Pegawai KananPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Revenue OfficerPegawai Cukai; Pegawai HasilPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
development officerpegawai pembangunan; pegawai kemajuanPentadbiranTiadaTiada
Revenue OfficerPegawai Cukai; Pegawai HasilUndang-undangTiadaTiada
administrative officerpegawai tadbirPentadbiranPentadbiran Awam

Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran sesebuah organisasi. Tugas dan fungsi mereka adalah berdasarkan bentuk struktur organisasi sesebuah jabatan. Pegawai Tadbir bertanggungjawab membuat keputusan, memimpin kakitangan bawahannya, melaksanakan dasar dan mengkoordinasikan aktiviti jabatan. Contohnya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan seorang Pegawai Tadbir yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran kerajaan.

coronerkoronerSains ForensikTiadaPegawai yang bertugas untuk menyiasat kes kematian. Bergantung pada sistem perundangan sesebuah negara, petugas ini mungkin seorang pegawai perubatan atau pegawai yang terpilih.
home-based officerpegawai berpejabat di rumah; pegawai negeri sendiriPentadbiranTiadaTiada
home-based officerpegawai berpejabat di rumah; pegawai negeri sendiriSains PolitikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas