Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg berjalan kaki (di jalan raya dsb): masih banyak ~ kaki yg tidak mematuhi peraturan ketika menyeberangi jalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK PEDDER

Tasik Pedder, terletak di Taman Negara Barat

Daya Tasmania, sebuah negeri pulau di Australia.

Tasik tersebut pada mulanya masyhur kerana

pantainya yang berpasir yang kapal terbang kecil

boleh mendarat membawa kumpulan pejalan kaki

belukar.

UMUM 
PUSAT MEMBELI-BELAH

Pusat membeli-belah ialah kumpulan kedai

jualan runcit dan pejabat perniagaan dan

profesional yang dibina dan diuruskan sebagai

satu unit. Di pusat membeli-belah ini, urusan

perniagaan dikumpulkan mengelilingi satu

kawasan pejalan kaki terbuka yang dikenali sebagai

kawasan membeli-belah (mall) .

UMUM 
TASIK TE ANAU

Tasik Te Anau ialah tasik yang terbesar di Pulau

Selatan New Zealand. Tasik ini luasnya 344

kilometer persegi dan panjangnya melebihi 64

kilometer. Ia mempunyai tiga buah terusan yang

panjang yang menganjur ke luar ke arah

pergunungan di bahagian barat. Kebanyakan

puncak gunung di sekeliling tasik ini menjulang

hingga melebihi 1800 meter di atas aras laut. Te

Anau, sebuah bandar kecil di hujung selatan tasik

ini, merupakan tempat percutian yang popular.

Antara tarikannya ialah perjalanan dengan bot di

Tasik Te Anau. Tasik ini juga merupakan tempat

permulaan Milford Track, iaitu lorong pejalan kaki

yang mengambil masa selama tiga hari untuk

sampai ke Milford Sound. Untuk lokasi, lihat New

Zealand (peta rupa bumi).

UMUM 
MOTOR ELEKTRIK LINEAR

Motor elektrik linear ialah alat yang

digunakan terutamanya untuk menggerakkan

kenderaan laju tinggi yang tidak menggunakan

roda. Kenderaan demikian disokong oleh magnet

atau kusyen udara. Motor elektrik linear juga

digunakan untuk membuka dan menutup gate dan

mengendalikan pelancar roket dan laluan pejalan

kaki bergerak.

UMUM 

Kembali ke atas