Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : (péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sen­sitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar; memeka menghiraukan, mempedulikan; kepekaan perihal peka (mudah berasa, mu­dah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : /péka/ mudah berasa sesuatu; tidak lalai; mudah bergerak (bkn mata dacing dll). kepekaan hal atau keadaan peka: Papila rambut dibekali gentian-gentian saraf yg memberikan ~ kpd rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peka
1. Bersinonim dengan sensitif
( perasa, berderia, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan bergerak balas
( bertindak balas, bereaksi, responsif, mudah terangsang, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memeka, kepekaan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
mesej. Hal ini disebabkan beberapa bit data daripada mesej M telah dibuang untuk memperoleh MD yang bersaiz tetap dan tidak boleh diperoleh semula walaupun fungsi cincangan disongsangkan. Fungsi ini sangat peka terhadap perubahan bit data dalam mesej. Sekiranya terdapat bit yang berubah, maka nilai MD untuk M akan turut berubah. Oleh sebab saiz MD adalah tetap dan biasanya jauh lebih kecil

Kembali ke atas