Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ka.rangan] | ڤکارڠن

Definisi : 1. halaman rumah: duduk di muka ~ rumahnya; 2. tanah kam­pung: kalau ada ~nya kita dirikan rumah-rumah petak kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ka.rangan] | ڤکارڠن

Definisi : halaman rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ka.rangan] | ڤکارڠن

Definisi : kawasan di sekeliling rumah dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pekarangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bee yardpekarangan lebahPertanianTiadaTiada
kuda kepangkuda kepangKesusasteraanTiadaTarian yang menggunakan patung kuda anyaman. Tarian ini terdapat di negeri Johor dan dikenali juga dengan nama kuda lumping, jaran kepang atau ebeg. Tarian ini melibatkan antara 9 � 13 penari termasuk seorang ketua yang dikenali sebagai Danyang. Tarian ini boleh menyebabkan penari tidak sedar atau lupa diri. Sebelum memulakan persembahan, bomoh atau ketua kumpulan membaca jampi serapah dan menghadiahkan sajian kepada semangat kuda dan semangat pekarangan. Penari kuda kepang diiringi oleh kumpulan muzik yang mengalunkan muzik, iaitu angklung, gendang bujur dua muka, sebiji jidor dan gong. Tarian kuda kepang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan tarian menunggang kuda dan bahagian kedua bermula apabila penari mula masuk dalam keadaan lupa diri. Pada bahagian kedua, pergerakan penari mula dikawal oleh sesuatu kuasa ghaib. Kuda kepang berasal dari jawa dan diperkenalkan oleh Wali Songo untuk menyebarkan syiar Islam.

Kembali ke atas