Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ke.li.ling] | ڤکليليڠ

Definisi : ; jalan ~ jalan yg (mengikut halu­an yg) berpusing atau beredar; surat ~ surat rasmi tentang sesuatu perkara yg diedarkan utk pengetahuan umum (atau utk tindakan pihak-pihak tertentu): ~ Perkhidmatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan surat pekeliling dengan pekelilingSurat pekeliling ialah surat pengumuman rasmi kerajaan yang dicetak dan diedarkan manakala pekeliling merujuk jalan yang berpusing atau beredar biasanya ditambah dengan perkataan lain untuk menjadikan perkataan itu bermakna, seperti jalan pekeliling atau surat pekeliling.Makna22.10.2009
Apakah tafsiran yang tepat 'Pekeliling Perkhidmatan'.Pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Pekeliling perkhidmatan sama dengan Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling.Tatabahasa15.04.2013
Apakah perbezaan antara surat edaran, pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan?Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengetahuan umum dan surat pekeliling atau surat pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu.Makna25.09.2019
Adakah boleh suatu persatuan pelajar mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas. Contohnya, Surat Pekeliling Ikhtisas Panduan Pelaksanaan Program Secara Bersemuka."Surat Pekeliling Ikhtisas" merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Surat pekeliling ini merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Selain itu, ia juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Surat Pekeliling Ikhtisas, saudara bolehlah menghubungi Kementerian Pelajaran Malaysia. 
Lain-lain15.08.2021
Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara Surat Pekeliling Am dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan?1. Surat Pekeliling Am lebih memfokus kepada perkara-perkara umum seperti peraturan pejabat, penstrukturan semula dll., contoh: Penyeragaman Format Kepala Surat.
2.Surat Pekeliling Perbendaharaan lebih memfokus kepada hal-hal berkaitan perolehan dan kewangan, contoh: Langkah untuk Perbelanjaan Awam.
Lain-lain05.05.2015
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduanPekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan.Makna31.12.2012
Apakah perbezaan Surat Pekeliling Ikhtisas dan juga Surat Pekeliling Am. Terima kasih.
"Surat Pekeliling Ikhtisas" merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Surat pekeliling ini merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Selain itu, ia juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. 

"Surat Pekeliling Am" pula lebih fokus kepada perkara-perkara umum seperti peraturan pejabat, penstrukturan semula dan lain-lain, contohnya, Penyeragaman Format Kepala Surat.  
Lain-lain09.08.2021
Adakah DBP terlibat sebagai penyemak ayat-ayat peraturan Kerajaan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia? Mohon DBP menyemak pekeliling Kerajaan kerana ayat dalam pekeliling mengelirukan dan tidak sampai maksud.... Mohon bantuan DBP berhubung isu ini.Untuk makluman puan, setiap pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan telah melalui proses penyediaan yg ditetapkan dan disemak oleh pihak-pihak yg berkepentingan. Setakat ini, tidak diwajibkan pekeliling disemak dan disahkan penggunaan bahasanya oleh DBP. Walau bagaimanapun, pihak JPA telah melantik perujuk bahasa atau pegawai bahasa di setiap kementerian dan DBP bersedia membantu mana-mana pihak yang memerlukan nasihat berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.Lain-lain24.10.2023
Apakah penjodoh bilangan untuk kata nama 'pekeliling'? Adakah 'buah' (e.g. 2 buah pekeliling) atau tidak perlu ada penjodoh bilangan (e.g. 2 pekeliling)? Terima kasih.Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh yang demikian bagi perkataan perkeliling sudah memadai menggunakan ungkapan  satu atau dua pekelilingTatabahasa05.05.2008
Mohon pengesahan ayat yang betul mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka sama ada; (i) Cadangan Penerimaan Pemakaian Pekeliling; atau (ii) Cadangan Penerimaan Pakai Pekeliling
Menurut data kami, ayat yang betul ialah cadangan penerimaan pemakaian pekeliling.
Lain-lain27.03.2018
12345678910...

Kembali ke atas