Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ker.ja] | ڤکرجا

Definisi : orang yg bekerja (lazimnya utk men­dapat bayaran atau memperoleh pendapat­an), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg ber­tanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerja­nya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapang­an; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja] | ڤکرجا

Definisi : orang yg bekerja utk memperoleh pendapatan: Tiga orang ~ syarikat itu telah dipecat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Union of Postal Uniform Staff (UPUS)Kesatuan Pekerja-pekerja Pos Pakaian SeragamPentadbiran PerniagaanTiadaPertubuhan yang dianggotai oleh pekerja-pekerja pos yang berpakaian seragam.
production workerpekerja pengeluaranEkonomiTiadaPekerja-pekerja yang bekerja di kilang untuk pengeluaran industri secara langsung sama ada mahir atau tidak mahir, kecuali pengurus pentadbir. Sinonim: factory worker
workers' managementpengurusan pekerjaEkonomiTiadaSistem yang membolehkan pekerja-pekerja sesuatu perusahaan itu membuat sebahagian besar keputusan yang biasanya dilakukan oleh pihak pengurusan.
reverse engineeringkejuruteraan membalikEkonomiTiada1. Apabila pekerja-pekerja tempatan telah mempelajari dan memperoleh idea baru daripada teknologi yang diimport, dan seterusnya merombak balik mesin dan teknologi yang diimport itu, memperbaik serta memajukannya hingga seolah-olah menjadi satu teknologi ciptaan yang baru pula.
occupational diseasepenyakit pekerjaanPerubatanTiadaPenyakit yang khususnya cenderung kepada pekerja-pekerja dalam sesuatu pekerjaan.
wage discriminationdiskriminasi upahEkonomiTiadaBayaran upah yang berbeza antara pekerja-pekerja walaupun kerja yang dilakukan adalah sama.
ajir khasspekerja khas/pekerja khususPerniagaan IslamTiadaPekerja upahan bagi suatu tempoh tertentu. Pekerja khas boleh menerima bayaran upah setelah bersedia dan pekerja tersebut dianggap sebagai pemegang amanah kepada majikannya dan tidak menanggung kerosakan yang berlaku melainkan berlaku kecuaian atau tindakan tanpa kebenaran.
job rotationpusingan kerjaPentadbiranTiadaKaedah daripada rancangan pengurusan untuk memindahkan atau menukarkan pengurus dan pekerja-pekerja lain buat sementara daripada satu tugas ke satu tugas yang lain dalam organisasi untuk memberikan pengalaman dan pengetahuan yang luas.
contact listsenarai hubunganKomunikasiTiadaSenarai yang mengandungi himpunan sumber-sumber untuk mendapatkan keperluan penerbitan dan pengurusan dalam bidang komunikasi. Maklumat-maklumat yang terkandung dalam senarai ini boleh membantu pekerja-pekerja komunikasi membuat hubungan yang seterusnya.
sex discriminationdiskriminasi jantinaEkonomiTiadaLayanan kurang baik terhadap pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki. Misalnya, pembayaran gai dan upah yang rendah diberi kepada pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki kerana prasangka terhadap kebolehan , kemahiran, dan kekuatan tenaga fizikal kaum wanita, serta ketiadaan kesatuan sekerja wanita. Sinonim diskriminasi wanita.
12345678910...

Kembali ke atas