Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.kung] | ڤکوڠ

Definisi : sj penyakit kulit yg teruk seakan­akan bisul yg sangat besar dan berbau busuk, cabuk; membuka ~ di dada = meraih ~ ke dada prb mendedahkan keburukan diri, sengaja mencari malu (kesusahan); berpekung berpenyakit pekung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.kung] | ڤکوڠ

Definisi : penyakit kulit yg berbau busuk; cabuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pekung

Peribahasa

Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam,
     pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak.

Bermaksud :

Keburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah. pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANTRAKS

Antraks ialah penyakit berjangkit yang teruk yang

menjangkiti binatang ternakan. Penyakit ini dapat

juga dihidap oleh manusia. Ia berpunca daripada

sejenis bakteria, iaitu Bacillus anthracis. Pada

manusia, penyakit ini lazimnya bermula sebagai

pekung pada kulit. Tetapi kumannya dapat juga

disedut melalui udara dan menjangkiti paru-paru.

Manusia mendapat penyakit ini melalui pendedahan

kepada haiwan yang dijangkiti atau produk haiwan.

Orang yang biasanya dijangkiti penyakit ini ialah

penjual daging, pengembala, orang yang terlibat

dengan kerja memproses benang bulu biri, dan

doktor haiwan. Peraturan yang menetapkan cara

menangani produk binatang berjaya mengurangkan

berlakunya antraks pada manusia.

UMUM 

Kembali ke atas