Meraih pekung ke dada. | Sengaja mencari malu atau becana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam, pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak. | Keburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah. pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukan kudis dibuat pekung. | Bukan perkara atau kesalahan kecil yang dibesar-besarkan. (Bandingkan dengan: Kudis menjadi tokak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuman menjadi barah (= pekung). | Perkara kecil menjadi besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kudis menjadi tokak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kudis menjadi tokak. | Perkara kecil menjadi besar. (Bandingkan dengan: Bukan kudis dibuat pekung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |