Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.kung] | ڤکوڠ

Definisi : sj penyakit kulit yg teruk seakan­akan bisul yg sangat besar dan berbau busuk, cabuk; membuka ~ di dada = meraih ~ ke dada prb mendedahkan keburukan diri, sengaja mencari malu (kesusahan); berpekung berpenyakit pekung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.kung] | ڤکوڠ

Definisi : penyakit kulit yg berbau busuk; cabuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pekung

Peribahasa

Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam,
     pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak.

Bermaksud :

Keburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah. pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carbunclekarbunkel/pekungPerubatanTiadaJangkitan bernekrosis pada kulit dan tisu subkutan yang biasanya disebabkan bakteria Staphylococcus aureus. Jangkitan ini melibatkan kawasan yang besar dan kerap berlaku kepada pesakit diabetes.
homeoarctonpersamaan awal/hemeoarktonKesusasteraanTiadaPengulangan sebuah kata pada awal baris dalam sebuah puisi. Contoh: Yang buta datang berpimpin, Yang buta penghembus lesung, Yang capek datang bertongkat, Yang jauh tolak-tolakan, Yang kecil terambil lintang, Yang kurap mengekor angin, Yang kurap pemikul angin, Yang kurap penghalau ayam, Masing-masing dengan gunanya; Yang pekak leka bertanya, Yang pekak membakar meriam, Yang pekung penjemuran, Yang pendek tinjau-meninjau. [Hikayat Malim Deman, Fajar Bakti 1963 hlm. 12]

Kembali ke atas