Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.ga] | ڤلاݢ

Definisi : 1. binatang dll yg berlaga atau di­lagakan; ayam (ikan) ~ ayam (ikan) utk ber­laga; 2. suka berlaga (berbantah, berkelahi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ga] | ڤلاݢ

Definisi : sj ikan darat, belaga, sepalai, Betta splendens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ga] | ڤلاݢ

Definisi : ®kepulaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ga] | ڤلاݢ

Definisi : nama sj ikan darat, Betta pugnax. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.la.ga] | ڤلاݢ

Definisi : 1 suka berlaga atau suka berkelahi. 2 (sesuatu) yg diperlagakan: ayam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelaga

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke hulu,
     Saya kirim buah pelaga;
Kalau tuan mati dahulu,
     Saya nanti di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pelaga Ibsejenis manik sebesar ibu jari diperbuat daripada tiram.Berdekatan dengan gong itu terdapat sebuah dulang yang diperbuat daripada banir pokok tapang. Dulang itu diisi dengan air untuk merendami duit syiling perak, kelam, pelaga manik, intan berlian dan emas. Dengan air itulah kepala bayi itu direnjis.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rawai Ibkostum tradisional wanita Iban yang diperbuat daripada gelung-gelung rotan yang dihiasi dengan cincin-cincin tembaga.Yang berikut ialah bahan-bahan yang digunakan. Pelaga, manik, kelam, buri, wang perak, dan syiling rawai. Semua bahan itu diletakkan di dalam air. Sehelai pua kumbu akan digunakan untuk menyelimuti bayi yang hendak diberi mandi. Orang yang mendahului pasukan itu menggandar sebatang lembing.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas