Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesaahan dalam ayat-ayat berikut: 1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 2. Ikan paus menggunakan udara dari peparunya untuk bernafas. 3. Orang tua itu terjatuh dari basikalnya.1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. - Tidak ada dialek yang standard kerana dialek dituturkan dalam kawasan/kumpulan tertentu sahaja. Ayat terlalu panjang dan ttidak menggunakan tanda baca atau kata hubung yang betul.
Ayat kedua dan ketiga betul.
Tatabahasa10.03.2013
Yang manakah objek untuk ayat ini? ~~Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif.(Ayat Aktif Transitif)Dalam ayat ini, kata sendi yang digunakan tidak tepat. Ayat yang sepatutnya: Pelajar-pelajar seolah mudah terpengaruh akan nilai-nilai negative (Ayat aktif tak transitif).

Tatabahasa01.06.2018
Yang manakah ayat aktif /ayat pasif? ~a. Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. ~b. Ayah sentiasa terkenang akan datuk saya. ~c. Dia amat tertarik oleh keindahan alam nyata.Semua contoh ayat tersebut ialah ayat aktif

a. Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. (Ayat  Aktif Transitif)
b. Ayah sentiasa terkenang akan datuk saya. (Ayat Akti tak Transitif)
c. Dia amat tertarik oleh keindahan alam nyata.(Ayat Aktif Tak Transitif)
Tatabahasa05.05.2018
Penggunaan pelajar membawa maksud seorang atau ramai? Seorang daripada pelajar yang dianugerahkan hadiah pelajar cemerlang itu ialah adik saya. Ayat ini betul atau penggunaan pelajar-pelajar lebih tepat?Perkataan pelajar boleh bermaksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Oleh itu, penggunaannya dalam ayat tidak perlu digandakan.Tatabahasa30.03.2014
Pelajar-pelajar saya telah membuat lagu Puisi berdasarkan sajak DIRUANG GEMANYA karya arwah DHARMAWIJAYA. Mereka ingin merakamkan lagu tersebut dan 'upload' dekat youtube. Pada siapakah mereka perlu memohon kebenaran penggunaan sajak itu untuk dibuat lagu?Perlu mohon izin daripada penerbit asal buku itu dan juga pencipta karya.Lain-lain15.04.2013
Pengetua menasihati pelajar-pelajar agar mereka ()mementingkan pencapaian dalam bidang akademik, () dalam bidang ko-kurikulum Asama ada....ataupun Bsungguhpun...tetapi Cbagaimana...begitulah Dbukan sahja...tetapi mana satu yang betul Terima kasih

Jawapan yang betul ialah D. bukan sahaja … tetapi

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa22.03.2022
Saya ingin bertanya. Selalunya pelajar sekolah rendah dipanggil murid. Pelajar sekolah menengah dipanggil pelajar. Manakala pelajar di universiti dipanggil mahasiswa @ mahasiswi. Manakala pelajar di peringkat IPTA @ IPTS pula diberi gelaran apa?Pelajar pada peringkat IPTA dan IPTS juga dipanggil sebagai mahasiswa dan mahasiswi.Tatabahasa12.10.2015
Yang manakah objek untuk ayat ini? ~~Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif.(Ayat Aktif Transitif)

Menurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Contoh ayat: Ali menendang bola (aktif transitif) Murid-murid sekolah itu sedang belajar (aktif tak transitif).  Ayat Pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. contoh: Bola ditendang oleh Ali. 

Ayat Transitif - ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau pun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. 

Ayat tak transitif-Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Tatabahasa07.06.2018
Apakah cara terbaik untuk menerangkan penggunaan imbuhan me- kepada pelajar-pelajar? Contoh: beza antara me-. me-kan, me-i dan me-kanme-…-kan ( mesti diikuti oleh Objek Bergerak
me-….-I ( mesti diikuti oleh Objek Tidak Bergerak

Huraian:
Apitan men-…-kan dan men-…-i yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan objek tidak bergerak. Dalam situasi ini, apitan men-…kan diikuti oleh objek bergerak, manakala apitan men-…-i diikuti oleh objek yang tidak bergerak.

Contoh:
Dia menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu. (Kain batik ialah objek bergerak).
Dia menghadiahi ibu sehelai kain batik. (Ibu ialah objek tidak bergerak


Me---kan --> (mesti diikuti oleh Objek Bernyawa)
Me-… --> (mesti diikuti oleh Objek Tak Bernyawa)

Huraian:
Apitan me----kan dan awalan me- yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek bernyawa dan objek tidak bernyawa.
Dalam situasi ini, apitan men-…-kan diikuti oleh objek bernyawa dan awalan me- .. diikuti oleh objek tidak bernyawa.

Contoh:
Ibu menjahitkan adik sehelai baju kurung. (Adik ialah objek yang bernyawa).
Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk adik. (Baju kurung ialah objek yang tidak
bernyawa)
Tatabahasa07.10.2019
Saya ingin mendapatkan padanan yang sesuai bagi career engagement memandangkan pelajar-pelajar masih belum terlibat dalam kerjaya. Contoh ayat penggunaan career engagement adalah : This study addresses intraindividual changes in career engagement among university students. Career Engagement scale is a measure of the degree to which somebody is proactively developing his career as expressed by diverse career behaviors. Terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan/puan.Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan “keterlibatan kerjaya” digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi career engagement.Istilah14.03.2018
12345678910...

Kembali ke atas