Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
networked learningpembelajaran terangkaiTeknologi Maklumate-PembelajaranProses pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan interaksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, atau guru dengan guru dari institusi yang berbeza melalui persekitaran pembelajaran secara dalam talian. Bahan pembelajaran digital boleh dikongsi dan diguna pakai bersama.
example classkelompok modelPendidikanTiadaKaedah mengajar di peringkat pengajian tinggi, yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah melalui perbincangan di dalam kelompok kecil sebagai contoh atau model kepada pelajar-pelajar lain dalam kelas berkenaan.
Mozart effectkesan MozartPsikologiPsikologi UmumKesan muzik yang dikatakan boleh meningkatkan kemampuan ruang (spatial) individu yang terlibat. Rauscher dan Shaw (1998) melaporkan bahawa sonata piano Mozart yang diperdengarkan kepada pelajar kolej didapati dapat meningkatkan prestasi ujian taakulan ruang pelajar-pelajar tersebut. Kejayaan ini telah membuatkan ramai ibu bapa memperdengarkan muzik tersebut kepada anak-anak mereka supaya mereka menjadi orang yang bijaksana apabila dewasa. Walau bagaimanapun, kesan ini tidak dapat ditunjukkan dalam kebanyakan kajian yang dijalankan. Namun, ramai pengkaji bersetuju bahawa muzik Mozart boleh meningkatkan tahap kewaspadaan kanak-kanak dan merangsang keadaan rasa hati yang lebih baik.
visual learnerpelajar visualTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang selesa menggunakan kaedah pengajaran melalui penglihatan dengan menggunakan bahan visual seperti graf, carta, peta, gambar rajah, video, demonstrasi dan sebagainya. Banding pelajar auditori, pelajar kinestatik.
auditory learnerpelajar auditoriTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang selesa dengan kaedah pengajaran melalui pendengaran dan percakapan seperti membaca dengan kuat, mendengar rakaman suara, mendengar syarahan atau kuliah, mendengar muzik dan lain-lain. Banding pelajar kinestatik, pelajar visual.
kinesthetic learnerpelajar kinestetikTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang selesa dengan kaedah pengajaran melalui sentuhan dan gerakan diri sendiri seperti menggerakkan badan, membuat aktiviti fizikal, membuat amali, menggunakan pen penyerlah berwarna, melukis gambar dan mencoret. Banding pelajar visual, pelajar auditori.
student-centered learningpembelajaran berpusatkan pelajarTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang berfokus kepada penglibatan aktif pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dipacu oleh kecenderungan, keperluan, kemahuan dan kemampuan pelajar. Sinonim berpusatkan pelajar.
child-centred methodkaedah tumpu pelajarPendidikanTiadaKaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan keperluan pelajar atau berorientasikan pelajar.
interaction analysisanalisis saling tindakPendidikanTiada1. Proses mengkaji dan mencatat secara terperinci kesalingtindakan di antara pelajar dengan pelajar, guru, dan sebagainya.
differentiated curriculumkurikulum pembezaanPendidikanTiadaProgram pengajian yang direka bentuk khusus untuk pelajar yang berbeza dari segi keperluan pembelajaran seperti pelajar cerdas dan pelajar bermasalah dalam pembelajaran.
12345678910...

Kembali ke atas