Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la/.sa.na.an] | ڤلقساناءن

Definisi : perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la/.sa.na.an] | ڤلقساناءن

Definisi : perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan utk memastikan bahawa ~ rancangan pembangunan luar bandar berjalan dgn jayanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laksana
Kata Terbitan : melaksanakan, pelaksanaan, pelaksana,
Rujuk :bagai;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
programme implementationpelaksanaan programPentadbiranPentadbiran Awam

Cara atau kaedah sesebuah program yang dirancang dilaksanakan dengan sempurna. Pelaksanaan program melibatkan pematuhan prosedur bermula daripada kelulusan program sehingga ke peringkat penilaian. Selain itu, pelaksanaan program juga melibatkan penyelarasan aktiviti dan pemantauan. Proses pelaksanaan program ini melibatkan masyarakat dan pentadbir atau pelaksana program. Contohnya ‘Kempen Anti Dadah’ yang merupakan satu program mega daripada kerajaan untuk membanteras najis dadah di kalangan remaja khasnya dan masyarakat umum amnya. Justeru pelaksanaan program atau kempen ini bukan sahaja memerlukan sokongan berterusan pihak kerajaan malah sokongan dan keprihatinan masyarakat. Seandainya tidak wujud kolaborasi yang mantap di antara kerajaan dan masyarakat, sebarang bentuk program yang dilaksanakan tidak akan mencapai kejayaan.

dry runjalanan keringKomputerTiadaJalanan kering: Pelaksanaan atur cara secara insani dengan menyemak setiap pelaksanaan suruhan dalam algoritma dan mencatatkan hasil pelaksanaan. Tindakan ini dilakukan sebelum atur cara benar-benar dijalankan pada komputer.
context of implementationkonteks pelaksanaanPentadbiranPentadbiran Awam

Skop, aspek atau pendekatan yang digunakan oleh sesebuah organisasi untuk melaksanakan dan menjayakan projek atau program. Konteks pelaksanaan merangkumi tindakan menyeluruh bermula dari peringkat perancangan sehinggalah ke peringkat pemantauan bagi menilai dan mengenal pasti kejayaan sesuatu projek atau program yang dibuat. Konteks pelaksanaan juga berfungsi sebagai garis panduan terhadap sistem pengurusan dan pentadbiran organisasi. Contohnya, konteks pelaksanaan sesebuah projek mega mungkin akan dipecahkan kepada beberapa fasa tertentu bagi memastikan setiap aktiviti dapat memenuhi matlamat dan justifikasi yang ditetapkan.

threadbebenangTeknologi MaklumatPerisianJujukan pelaksanaan atur cara secara bersendirian terutamanya dalam perebutan penggunaan sumber atau perkhidmatan komputer. Pelaksanaan bebenang biasanya dibuat secara serentak dalam ruang alamat yang sama dan berkongsi perkhidmatan sistem pengendali seperti penimbal I/O dengan bebenang yang lain. Keadaan ini membolehkan penangguhan dan pelaksanaan semula bebenang dibuat dengan kadar yang segera.
executionpelaksanaan; penyempurnaan; pembunuhanSejarahTiada1. Perihal pelaksanaan atau penyempurnaan tugas yang diamanahkan.,2. Perbuatan merampas dan merompak yang dilakukan oleh pihak tentera ke atas orang awam.
pilot implementationpelaksanaan rintisTeknologi MaklumatTiadaPelaksanaan ujian yang digunakan untuk mencuba teori, kaedah, tugas atau pengendalian baharu.
policy implementationpelaksanaan dasarPentadbiranPentadbiran Awam

Penguatkuasaan atau pelancaran sesuatu dasar yang telah digubal oleh pemerintah. Sebarang tindakan penguatkuasaan mempunyai strategi tertentu untuk memastikan pelaksanaan itu sempurna. Ia boleh dalam bentuk program tertentu yang dilaksanakan, perbelanjaan yang diagih dan digunakan serta secara tidak langsung mempunyai kaitan rapat dengan penguatkuasaan sesuatu undang-undang atau peraturan. Pelaksanaan dasar boleh bersifat terhad tempohnya seperti Dasar Ekonomi Baru yang memakan masa 20 tahun tetapi boleh juga bersifat berpanjangan seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pertanian Negara, sehinggalah sesuatu pindaan dibuat terhadap undang-undang berkaitan dengannya.

strategy implementationpelaksanaan strategiPengurusanPerancanganAktiviti pengurusan oleh organisasi dalam merealisasikan sesuatu perancangan strategik. Langkah-langkah dalam menjayakan pelaksanaan strategi termasuk memastikan objektif yang jelas, menyediakan sumber yang mencukupi dan mengamalkan pendekatan pengurusan yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran organisasi. Lihat juga pengurusan strategik.
implementation strategystrategi pelaksanaanPentadbiranPentadbiran Awam

Penghuraian bagaimana sesuatu idea yang telah diterima itu dilaksana secara terancang untuk mendapatkan hasil yang tinggi, bermutu tinggi dan mengikut jadual yang dirancang tanpa sebarang masalah.Strategi ini seharusnya merangkumi pelbagai langkah pelaksanaan seperti penubuhan steering comittee, penjadualan yang rapi, penentuan matlamat yang ingin dicapai, penggunaan belanjawan dan guna tenaga yang optima, partnership yang sesuai jika perlu serta koordinasi yang mantap. Pelaksanaan yang strategik akan mengurangkan sebarang halangan dan akan memenuhi kehendak pasaran, pelanggan atau keperluan pentadbiran. Objektif program biasanya akan tercapai dengan baik sekiranya dilaksana secara strategik.

aspect of implementationaspek pelaksanaanPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara yang dikuatkuasakan dalam bentuk penyelarasan perjalanan, pengawalan, pemantauan, pemeriksaan dan penilaian dalam sesebuah organisasi. Aspek pelaksanaan akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu projek dan program yang dirancang. Aspek ini melibatkan pelbagai peringkat bermula dari peringkat tertinggi sehingga ke peringkat penguatkuasaan. Contohnya, sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna terhadap hal ehwal keselamatan dan undang-undang.

12345678910...

Kembali ke atas