Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.ku] | ڤلاکو

Definisi : 1. orang yg membuat sesuatu per­buatan (kerja dll), orang yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin) orang yg mengerjakan se­suatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3. orang yg berlakon, pelakon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ku] | ڤلاکو

Definisi : 1 orang yg melakukan (mengerjakan) sesuatu. 2 yg melakukan sesuatu perbuatan (dlm ayat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pelaku pertarungan dipanggil petarung atau penarung?

Ejaan yang betul ialah penarung.

Ejaan05.08.2022
Salam, apakah perbezaan di antara ayat pasif pelaku diri pertama dengan ayat pasif pelaku diri kedua? Adakah dari struktur binaan ayatnya mempunyai perbezaan? Jika ada, bolehkah pihak tuan terangkan?Mohon pencerahan. Terima kasih.Struktur binaan ayat pasif bagi kata ganti nama diri pertama dan kedua sama, iaitu tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Tidak ada perbezaan dalam struktur binaan ayat pasif tersebut.Tatabahasa20.03.2014
Adakah Pelaku Komunikasi boleh digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan Bahasa Inggeris "Communicant" dalam konteks bidang komunikasi? Terima kasih.Communicant tidak boleh diterjemahkan sebagai Pelaku Komunikasi dalam konteks komunikasi kerana mengikut makna umum perkataan tersebut merujuk kepada ahli Gereja Penyemakan dan penterjemahan13.03.2018
Apakah imbuhan pelaku yang sesuai bagi orang yang merespons ? Adakah perespons, atau pengrespons atau penrespons ?Kami mencadangkan agar pihak tuan menggunakan pemberi maklum balas bagi menunjukkan pelaku untuk perkataan respons.Tatabahasa05.12.2019
Tuan, minta lihat contoh ayat di bawah. 1. Hal ini perlu diberi perhatian. ayat (1) setelah diaktifkan, menjadi ayat (2): 2. (Pelaku) perlu memberi hal ini perhatian. Ayat aktif ini juga boleh berbentuk seperti ayat (3), 3. (Pelaku) perlu memberikan perhatian kepada hal ini. jikalau ayat pasif ayat (3) berbentuk macam ini: 4. Perhatian perlu diberikan kepada hal ini. Tetapi, tuan mengatakan bahawa setelah frasa 'diberikan perhatian' dalam ayat (1) diaktifkan, akan menjadi 'memberikan perhatian', itu salah tuan. Sepatutnya objek dalam ayat (1) ialah 'hal ini'. Perkataan 'perhatian' ialah objek sipi. Maka, objek tepat, iaitu 'hal ini' yang dipindahkan ke belakang kata kerja aktif setelah ayat pasif diaktifkan, membentuk frasa kerja 'memberi hal ini perhatian'. Perhatikan bahawa objek sipi 'perhatian' diletakkan di belakang objek tepat 'hal ini'. Objek penerima ialah 'hal ini', jadi digunakan selepas kata kerja 'memberi', manakala 'perhatian' ialah sesuatu yang disampaikan, diberikan atau diserahkan.Jika ayat pasif, "Hal ini perlu diberi perhatian", aktifnya "...memberi hal ini perhatian" dan jika ayat pasif "Perhatian perlu diberikan kepada hal ini", aktifnya "... perlu memberikan perhatian kepada hal ini". Hal ini ialah "objek tepat" dan perhatian ialah "objek sipi". Kami mengambil maklum pandangan tuan dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa19.11.2014
Fizul AkhmalView Profile Actions WED 2:58PM Fizul Akhmal Fizul Assalam..saya nak tanya, kalau kes seksual ke atas kanak-kanak dipanggil pedofilia (paedophilia)..pelaku kes pula dipanggil apa ye? since dalam BI ada perkataan paedophile, bolehkah pelakunya dipanggil pedofil? tujuan saya bertanya adalah kerana di dalam kamus dewan tiada perkataan yg menjurus kepada pelaku pedofilia..sekian terima kasihWaalaikumussalam. Istilah untuk pelaku pedofilia boleh dipanggil "pedofil".Istilah09.06.2016
Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail. Saya akan menyimpan salinan MC di dalam fail.Mengapa "disimpan" perlu saya gunakan? saya bukan pelaku ketiga.Penggunaan kata kerja pasif “disimpan” dalam ayat tersebut merujuk salinan sijil cuti sakit sebagai objek, bukan merujuk perkataan “saya” yang berfungsi sebagai pelaku orang pertama. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai.Tatabahasa06.05.2023
Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail. Saya akan menyimpan salinan MC ke dalam fail.Mengapa "disimpan" perlu saya gunakan? saya bukan pelaku ketiga.

Penggunaan kata kerja pasif “disimpan” dalam ayat tersebut merujuk salinan sijil cuti sakit sebagai objek, bukan merujuk perkataan “saya” yang berfungsi sebagai pelaku orang pertama. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai.

Tatabahasa12.04.2023
Tuan, bagaimanakah pula dengan maksud ayat di bawah ini dengan penggunaan "merujuk"? 1. Kata sendi nama "kepada" menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. Adakah "sasaran" (pelaku) mempunyai mata untuk melihat dan membaca "manusia, haiwan, dan unsur mujarad" (objek) untuk mendapat keterangan lanjut?Pada pandangan kami, manusia, haiwan dan unsur mujarad itulah yang dimaksudkan sasaran, iaitu hasil yang diperoleh daripada sesuatu usaha, bukan sasaran menjadi pelaku yang melihat manusia, haiwan dan unsur mujarad.Tatabahasa13.12.2014
Soalan: Rumah itu dibakar habis oleh api. Betulkah penggunaan 'oleh' dlm ayat di atas? 'Oleh' perlu diikuti dengan pelaku yg bernyawa atau mana-mana benda fizikal pun boleh?Penggunaan oleh dalam ayat contoh tersebut betul kerana kata sendi nama oleh juga menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Dapat dikatakan bahawa penggunaan kata sendi nama oleh di sini sebenarnya berpunca daripada oleh sebab yang kemudiannya berlaku pengguguran sebab secara pilihan, Contoh lain: Ia mati oleh (sebab) senjatanya sendiri.Tatabahasa20.07.2012
1234567

Kembali ke atas