Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.ku] | ڤلاکو

Definisi : 1. orang yg membuat sesuatu per­buatan (kerja dll), orang yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin) orang yg mengerjakan se­suatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3. orang yg berlakon, pelakon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ku] | ڤلاکو

Definisi : 1 orang yg melakukan (mengerjakan) sesuatu. 2 yg melakukan sesuatu perbuatan (dlm ayat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
occasional criminalspenjenayah sambilanKriminologiKeadilan JenayahPelaku jenayah yang bukan profesional dan tidak menjadikannya sebagai karier. Pelaku jenayah ini melakukan jenayah secara tidak terancang dan hanya melakukannya apabila ada godaan atau faktor pemangkin seperti keperluan peribadi atau sosial.
con approachpendekatan tipuKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk penipuan apabila pelaku mendekati mangsa secara terbuka dan berpura-pura meminta bantuan atau menunjukkan arah sesuatu tempat. Tujuan pelaku melakukan penipuan adalah untuk mendapatkan habuan daripada mangsa.
diversionalih haluanKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang dilakukan lazimnya oleh pihak penguatkuasa untuk mengelakkan pelaku salah dikenakan tindakan undang-undang dengan cara menggalakkan atau mendorong pelaku tersebut untuk mengikuti program pemulihan. Contohnya, pihak berkuasa mencadangkan agar remaja nakal mengikuti program pemulihan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
child groomingpengantunan kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan jenayah pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah.
honeymoon phasefasa bulan maduKriminologiKeadilan JenayahFasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa.
child sexual groomingpengantunan seksual kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan serangan seksual pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah.
parcel scampenipuan bungkusanKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah komersial yang lazimnya dilakukan oleh sindiket. Dalam jenayah ini, pelaku akan menghubungi mangsa dan meminta mangsa untuk menuntut bungkusan yang telah dikirimkan atas namanya dengan membayar sejumlah wang walaupun bungkusan tersebut sebenarnya tidak wujud. Setelah mangsa membuat pembayaran, pelaku akan memutuskan hubungan dengan mangsa.
actorpelakuLinguistikTiadaTiada
performerpelaku (P.JAS,SUK,DIDIK,CETAK)PendidikanTiadaTiada
performerpelaku (P.JAS,SUK,DIDIK,CETAK)PendidikanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas