Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.li] | ڤلالي

Definisi : (ubat dll) yg boleh melalikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.li] | ڤلالي

Definisi : ubat dll yg dpt melalikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelali


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deep sedationsedasi penuhPergigianTiadaKaedah yang dijalankan dengan memberi suntikan ubat pelali atau inhalasi gas nitrus oksida. Kaedah ini dapat membantu rawatan kepada kanak-kanak yang susah dikawal atau pesakit yang gementar atau takut dengan rawatan. Pesakit kurang sedar tetapi perhubungan komunikasi verbal masih boleh dijalankan. Pesakit yang diberi sedasi penuh boleh mengalami depresi kardiorespiratori. Oleh itu, pesakit harus diawasi dengan teliti sehingga sedar sepenuhnya selepas rawatan.
conscious sedationsedasi sedarPergigianTiadaKaedah yang dijalankan dengan memberi suntikan ubat pelali atau inhalasi gas nitrus oksida. Kaedah ini dapat membantu rawatan bagi kanak-kanak yang susah dikawal atau pesakit yang gementar atau takut dengan rawatan. Pesakit separa sedar tetapi perhubungan komunikasi verbal masih boleh dijalankan.
hypnotichipnotikFarmasiFarmakologi1.Berkaitan dengan sifat hipnosis atau hipnotisme. Hipnosis ialah keadaan tidak sedar (tidur) yang diaruh secara arti.fisial yang menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan araban atau cadangan. 2. Agen yang menyebabkan seseorang tidur. Agen ini merupakan salah satu kelas drug yang selalu digunakan sebagai bahan pelali (sedatit). Drug dari kelas ini merangsang tidur atau menurunkan tindakan sistem saraf pusat pada peringkat kortikal. Drug-drug dari kumpulan benzodiazepina merupakan drug pilihan untuk merawat insomnia primer. Selain itu, untuk merangsang tidur pada peringkat hipnotik tindakan-pendek, agen seperti triazolam dan oksazolam digunakan, manakala untuk mengekalkan tidur yang panjang sepanjang malam pada peringkat hipnotik tindakan-panjang, flurazepam digunakan. Hipnotik dikenali juga sebagai somnifasien.
morphinemorfinaHerbaFitokimiaAlkaloid utama yang dihasilkan daripada candu. Dalam bentuk tulen, morfina wujud sebagai hablur putih yang larut sedikit di dalam air. Sebatian ini bersifat analgesik dan merupakan agen psikomimetik dan bahan narkotik. Morfina bertindak sebagai sebatian perangsang dan boleh menyebabkan kematian dengan dos maut 50% (LD50) 335 mg/kg. Bahan ini digunakan dalam perubatan sebagai agen pelali kesakitan melalui penggunaan secara terkawal.

Kembali ke atas