Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lan.cong] | ڤلنچوڠ

Definisi : orang yg melancong: kedua-dua bandar itu selalu dilawati ~ kerana peman­dangannya yg cantik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.cong] | ڤلنچوڠ

Definisi : orang yg melancong: Paris sentiasa menjadi tumpuan para ~ dr seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancong
Kata Terbitan : melancong, pelancongan, pelancong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Pelancong-pelancong yang melawat ke bangunan bersejarah itu terpegun oleh keindahan seni bina yang begitu unik sekali. (Sila tunjukkan kesalahan dalam ayat ini) 2. Apakah perbezaan antara imbuhan men... dan men...kan?

1. Ayat ini betul.

2. Awalan meN- ialah awalan untuk membentuk kata kerja aktif, meN- boleh menjadi me- (memasak nasi). meN- menjadi mem- (membaca buku), meN- menjadi men- ( mencuci pakaian), meN- menjadi meng- (menggali lubang). Manakala apitan men-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan mempunyai kelainan seperti awalan meN-. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191. 

Tatabahasa21.10.2009
Pelancong yang mati lemas di Pantai Batu Feringgi itu berasal dari Australia. Adakah kesalahan dalam ayat di atas ? Terima kasihAyat yang digunakan betul.Tatabahasa08.03.2020
Pelancong asing itu kagum melihat "kesabaran" wanita Melayu yang masih mengekalkan adat ketimuran walaupun dunia semakin maju. "kesabaran" adalah salah diguna. Apakah perkataan yang sesuai diguna di sini? keteguhan? kecekalan? ... terima kasih.Cekal dan teguh (hati) kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu tabah dan boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut.Tatabahasa12.08.2013
Pelancong itu terpukau/terpesona/terpikat oleh atau akan atau dengan atau pada atau kepada keindahan Pulau Langkawi. penggunaan kata sendi oleh/dengan/akan/pada/kepada yang mana satu tepat?dan kenapa?

Kata sendi yang sesuai dan tepat ialah akan atau oleh. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata sendi, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa23.10.2008
Perbezaan antara pelawat, pengunjung dan pelancong.Menurut Kamus Dewan, pelawat ditakrifkan sebagai orang yg melawat atau pengunjung.Pelancong pula ditakrifkan sebagai orang yg melancong. Contoh ayat :Kedua-dua bandar itu selalu dilawati pelancong kerana pemandangannya yg cantik. Pengunjung pula ditakrifkan sebagai orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat atau pelancong. Contoh ayat: Pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para pengunjung datang ke sana.Makna08.09.2007
Selamat pagi; Ayat berikut mana satu yang betul'; 1. Para pelancong kagum akan keindahan alam semula jadi Malaysia. 2.Para pelancong kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia. apakah perbezaannya?? Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih. Daripada Cikgu Tan ( SJK(C ) Tai Thung )1. Para pelancong kagum akan keindahan alam semula jadi Malaysia. 2.Para pelancong kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia. Kedua-dua contoh ayat ini betul, ayat yang pertama ialah bentuk yang lazim digunakan, dan ayat yang kedua bersifat emotif.Tatabahasa20.04.2009
Salam sejahtera. Adakah soalan saya berbentuk ini serta jawapan betul? 1. Pelancong dapat sampai ke Bukit Melawati bagaimana? (jawapan) Pelancong dapat sampai ke Bukit Melawati dengan menaiki trem. Terima kasih

Soalan yang betul ialah “Bagaimana pelancong ke Bukit Melawati?”

Jawapan yang betul ialah “Pelancong ke Bukit Melawati dengan menaiki trem.”
Tatabahasa10.02.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ragam ayat bagi dua ayat berikut? (i) Kebanyakan pelancong gemar berkunjung ke Pulau Tioman. (ii) Kebanyakan pelancong gemar mengunjungi Pulau Tioman. Terima kasih. Ayat yang betul ialah "kebanyakan pelancong gemar berkunjung ke Pulau Tioman".
Tatabahasa12.04.2015
"Kawasan pergunungan ini menjadi tarikan para pelancong pada setiap hujung minggu." atau "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." Perkataan manakah yang lebih sesuai, tumpuan atau tarikan? Mengapakah perkataan tersebut salah?

Ayat yang betul ialah "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." - tumpuan bermaksud pusat atau tempat ber­tumpu, manakala tarikan bermaksud daya (kekuatan untuk) menarik.

Tatabahasa26.03.2011
Papa pelancong terpukau oleh/akan persembahan tarian zapin yang dipersembahkan oleh kanak-kanak kelainan upaya.Kedua-duanya betul.Tatabahasa31.03.2010
123456

Kembali ke atas