Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lan.co.ngan] | ڤلنچوڠن

Definisi : 1. perihal melancong: dlm ~ itu kami sempat menikmati keindahan Kebun Raya Bogor; 2. perihal orang me­lancong dan perkhidmatan yg berkaitan dengannya: menggalakkan perusahaan ~ di negara ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.co.ngan] | ڤلنچوڠن

Definisi : hal-hal mengenai urusan melancong; perbuatan melancong; perjalanan utk bersenang-senang atau utk melihat-lihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancong
Kata Terbitan : melancong, pelancongan, pelancong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelanconganDalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. Istilah08.02.2012
1) Apakah perbezaan antara eko-pelancongan dan agro-pelancongan 2) dari segi ejaan adakah dieja dengan satu perkataan, dua perkataan atau ada tanda sempang. terima kasih. Rusli Kamaruddin PA YB Dato' Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

 Encik Rusli,

Perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut dapat dilihat daripada makna yang diberikan.

Ekopelancongan bermaksud pelancongan yg berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi spt. flora, fauna, pantai, tasik dan sungai: Kajian dijalankan utk menjadikan tasik itu sbg. pusat penyelidikan dan ~.  

Agropelancongan bermaksud aktiviti pelancongan yang berasaskan pertanian seperti lawatan ke ladang kelapa sawit, kawasan ternakan atau dusun buah-buahan.

 

Kedua-dua perkataan ini dieja sebagai satu perkataan.

Makna07.01.2010
dapatkah " agenda utama" dikaitkan dengan industri pelancongan? Contoh: Industri pelancongan menjadi agenda utama kerajaan dalam usaha membangunkan negara. Adakah ayat ini sesuai? Jika tidak, sila beritahu. Sekian.

Agenda utama boleh dan sesuai digunakan dalam konteks yang dikemukakan.

Makna13.09.2011
Pakej pelancongan ke Pulau Pangkor yang murah itu telah.... atau Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah... ayat mana yang gramatis? kata berimbuhan peN- yamg membawa makna hasil sesuatu perbuatan ialah a. penanak b.pembajak c. penggali d. penunjuk. jawapan yang mana betul?Ayat yang gramatis ialah Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah ... . Penanak bermaksud orang yg menanak; atau tukang masak. Pembajak bermaksud orang yang kerjanya membajak. Penggali ialah orang yang kerjanya menggali dan penunjuk memberi maksud alat yang digunakan untuk menunjuk atau orang yang menunjuk. Berdasarkan semua makna yang diberi tidak kata terbitan yang membawa maksud hasil sesuatu perbuatan.Tatabahasa07.07.2010
Salam. Saya ingin kepastian istilah pelancongan hijau merupakan nama khas (dieja dengan awal kata huruf besar) atau nama am. Terima kasih.Sekiranya perkataan Pelancongan hijau merupakan nama bagi sesuatu produk perlu dieja dengan huruf besar iaitu Pelancongan Hijau sebagai nama khas, jika tidak perlu dieja dalam huruf kecil sebagai kata nama amTatabahasa27.02.2018
HOMESTAYPELANCONGAN DESAIstilah09.02.2011
Adakah ada penggunaan Internal dalam BM dalam terma pelancongan?. Internal tourism expenditure = Perbelanjaan pelancongan Internal (Perlu italic atau tidak)?Tiada padanan bahasa Melayu untuk Internal tourism expenditure dalam rujukan DBP. Mohon puan dapat memberikan konteks penggunaan dalam ayat bagi mendapatkan padanan yang sesuai bagi  Internal tourism expenditure.  Padanan istilah bergantung pada makna istilah, sama ada perbelanjaan pelancongan dalaman adalah bersesuaian atau ada padanan lain yang lebih tepat.Istilah12.09.2017
Adakah ayat ini salah? ~Pusat pelancongan Korea dikerumuni.Betulkan kepada Pusat Pelancongan Korea Dikerumuni oleh Orang Ramai. Tatabahasa27.10.2017
Salam, Antara 'perlancongan' dan 'pelancongan', ejaan manakah yang betul? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah pelancongan.Ejaan24.07.2012
1) apakah maksud peletakan dari sudut pelancongan? 2) apakah maksud peletakan semula dari sudut pelancongan?

Saudara,

Soalan tidak jelas. Adakah bermaksud penempatan dan penempatan semula? Sila kemukakan soalan semula. 

Lain-lain07.07.2010
123456

Kembali ke atas